Saturday, July 31, 2010

UNIK SEBUAH CENDERAHATI

Saya dan suami baru saja balik dari majlis akad nikah anak buah suami.  Acara akad nikah dijalankan pada pukul 10.00 pagi dan setelah itu tetamu dijamu makan.  Mereka juga telah menggabungkan majlis hari ini sebagai majlis menyambut Ramadan.

Mereka tak menjemput ramai tetamu.  Para jemputan adalah terdiri saudara-saudara terdekat, jiran-jiran dekat dan kawan-kawan rapat mereka saja.

Bakul Cenderahati

Sebenarnya saya saja nak tunjukkan keunikan bakul cenderahati yang diberikan kepada para tetamu.  Ini adalah pertama kali saya mendapat cenderrhati seperti ini di majlis pernikahan dan kahwin.  Bukan saja bakul mini ini unik dari segi saiznya, tetapi tetamu juga disuruh membuat pilihan mengisi bakul dengan bahan pilihan sendiri dari beberapa jenis kueh, cokelat dan lain-lain buah tangan yang disediakan.

Bakul ini adalah bakul mini berukuran lebih kurang 6 - 7 inci lebar saja.  Tingginya adalah lebih kurang 8 inci.  Jadi tetamu memang terpaksa pilih apa yang mereka berkenan tapi sekadar yang muat bakul sajalah.  Unik kan?

4 comments:

a kl citizen said...

siap boleh pilih2 pulak ya...memang unik tu

terbaru dari saya : entah apa

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm, comel bakulnya! ... best jugak boleh pilih sendiri ...bukan apa, kekadang snacks yg diberi tak ada yg nak makan ... kekadang terbuang saja.

Aanas said...

good idea ekk.. ada pilihan nak letak snack yang disukai sahaja.. kalau dapat kat anak2 tu mau penuh bakui tuh ngan gula2 atau sumi (kalau gula/coklat/sumi adalah antara yang boleh dipilih)..:)

mamawana said...

Cantikkkk.......Saya mesti pilih