Saya dah mula rasa patah semangat. Tetapi di satu sudut hati tu, rasa masih berkeinginan mencari kawan untuk bertukar-tukar idea & pengetahuan.
Kata anak-anak, "Mama kena selalu up-date, ada banyak cerita untuk berkongsi," Betul juga la kan? Sendiri pun tak pandai sangat nak bercerita, macam mana?
Mungkin juga kerana saya sendiri pun tidak ghairah mencari pengikut. Takut pula tak terlayan. Tetapi sebaliknya, kawan yang sedia ada kebanyakkannya mendaftar saja.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur mempunyai beberapa rakan blogger yang sudi berkunjung balas. Saya nak cuba kuatkan azam. :)
7 comments:
Salam Cik Dah,
Bermacam ragam blogger pada hari ini,ada yang sekadar untuk menambahkan follower,dan ada juga yg mencari wang melalui blog..apa-apa pun bersabarlah,kerana kita ikhlas untuk berblog dan bukan untuk wang.
cik dah..
bersabar banyak2... berblog tak macam update di facebook..
kena rajin membaca blog yang terkenal, menjadi contoh...
saya banyak belajat dari kujie.com dan auladjannah.blogspot... itu antaranya
jangan putus asa
Salam Cik.
Ehh, jangan cepat berputus asa .. kan ada juga yg sudi berinteraksi.
Terus bersemangat ya!
Salam Cikdah.
Jangan cepat merajuk.
Jika mahu pengikut ramai, ikut ramai orang jugalah!
Aslmkm.
Yang lebih baik tu biarlah ianya 2 hala ... bak kata orang - biar saling mendukung.
Salam Cikdah.
Sama la agaknya kita ni!
Salam..Puan Nori
Tadi saya berkunjung keblog puan...mengapa bila nak tingalkan komen...tak boleh...adakah tersalah setting atau bagaimana?
Post a Comment