Wednesday, July 7, 2010

BAHANA DURIAN DAN KAMBING

Dari saya kecil lagi ibu saudara sekeluarga yang membesarkan saya selalu mengingatkan supaya tidak makan terlalu banyak makanan seperti pulut lemak, durian dan kambing.   Pesan mereka semua makanan ini cukup sekadar rasa dan makan ringan saja.  Jika berlebihan, nanti akan memudaratkan kesihatan.

Bila hari ini saya membaca berita tentang seorang Ahli Parlimen Sibuti telah dikejarkan ke Hospital gara-gara makan di Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing, saya mengangguk-angguk seperti mengiyakan sendiri.

Kata orang-orang tua makanan seperti ini panas dan akan menaikkan suhu darah dalam badan.  Bila terlalu panas boleh menyebabkan penyakit berat.

Saya petik berita mengenai Ahli Parlimen yang jatuh sakit di acara Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing.  Jika ingin membaca sila klik dan terus baca di bawah:
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada pukul 2.15   petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen.
Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli Parlimen yang lain.
"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.
Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.-BERNAMA

3 comments:

Man Kuchai said...

Salam,

Saya ada terbaca satu artikal tentang makan kambing,Nabi Muhammad adalah peminat daging,malan Baginda mengesyor supaya kita makan kambing.

Mengikut artikel itu lagi,pihak barat memang sengaja memburuk-buruk tentang makan kambing ni...supaya orang islam tak makan kambing.

Tentang durian tu mungkin ada kebenarannya

Wallahhualam

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kambing dagingnya sedikit panas. Durian juga panas dan terlebih lemak & kolestrolnya.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kata nak banyak kawan. :)
Kena rajin2 menulis sikit ler & jelajah juga!