Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010

85,000 penonton di Soccer Stadium di Johannesburg dan jutaaan lagi di seluruh dunia tidak akan mempertikaikan kemenangan Sepanyol.  Mereka memang layak bergelar Juara!

Selama bertahun-tahun mereka menunggu, akhirnya Sepanyol berjaya juga merangkul piala berprestij ini.

Ternyata pasukan yang bermutu itu berjaya.  Walaupun orang mengagung-agungkan Jerman dan Brazil, sebenarnya Sepanyol sudah lama membuktikan mereka pasukan berwibawa.  Tetapi nasib tidak bersama mereka selama ini.

Tetapi tahun ini mereka mendapat gelaran juara berganda.  Sepanyol Juara Eropah.  Hari ini mereka juga Juara Piala Dunia.

Pasukan mereka di anggotai oleh ramai anak-anak muda.  Semoga mereka akan terus mewarnai dunia bolasepak ini dengan kegemilangan.

3 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Sifat2 terpuji mesti ada ... biar sukan bersemarak dengan sihat. Baru sukan dapat bekembang dengan pesat & jayanya.

Man Kuchai said...

Salam ziarah,

Sepanyol yang juara..penonton sakit kepala,tidur tak cukup he3..

BID said...

Aslmkm.
Orang Sepanyol sudah balik merayakan kejayaan mereka!