Thursday, July 15, 2010

BAPA SAMAN ANAK

Macam-macam  hal berlaku sekarang.  Ada kes anak saman bapa dan sekarang dah kes bapa pula saman anak.

Semalam ada cerita seorang bapa telah memfailkan saman terhadapa anak sulungnya kerana tidak menyara anak-anak yang ditinggalkan bersama kedua ibu bapa selama tujuh tahun.  Cerita itu menarik juga kerana anaknya telah bercerai dengan isteri pertama setelah mendapat dua cahaya mata.

Walaupun bergaji lumayan sianak langsung tidak ambil peduli tentang kedua ibu bapa dan kedua anak-anaknya juga selepas baru.  Jelas-jelas itu anak derhaka yang tidak menghargai ibu bapa sendiri.  Allah SWT menjanjikan Neraka kepada anak-anak seperti ini.  Naauuzubillah.

Hari ini pula ada berita seorang bapa yang sudah lanjut usia telah mengemukakan saman terhadap tiga anak-anaknya.  Jumlah yang dituntut jauh lebih tinggi iaitu mencecah RM2 juta.

Warga emas yang berusia 85 tahun ini mendakwa bahawa dia telah dikurung dan dipaksa menandatangi satu surat pembahagian harta puska oleh anak-anaknya.  Dia kini masih trauma di atas kejadian itu.  Oleh itu dia  memfailkan saman itu menerusi peguammya di Mahkamah Tinggi Sivil.

Begitu banyak tanda-tanda dunia akhir zaman.  Sungguh menyeramkan.

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Sukar dibicarakan! Kita doakan semoga anak-anak sentiasa mendapat taufik & hidayah terutamanya semua mereka dari keturunan kita sendiri, amin.

Sanna said...

Salam ziarah.
Semoga anak2 itu segera insaf.

BID said...

Aslmkm.
Dunia! Macam2!