Friday, July 23, 2010

HALAL DAN HARAM TIDAK DIPEDULI

Cerita suami bersikap curang terhadap isteri sudah tidak asing lagi bagi kita.  Ia berlaku sejak berabad kurun yang lalu.  Tetapi akhir-akhir ini kita sering pula mendengar cerita isteri bersekedudukan dengan suami orang atau lelaki yang bukan suaminya.

Tak tahulah apa nak terjadi lagi.  Bermacam-macam perkara yang pelek dan jelek berlaku.  Memang sudah tanda-tanda dunia di akhir zaman.  Hukum halal dan haram sudah tidak dipeduli lagi.

Saya pasti kelelakian suami tergugat dengan kecurangan isteri.  Sepertimana hancur luluh hati seorang isteri mengetahui suami mempunyai simpanan, hati suami kepada isteri yang curang juga pasti berkecai.

Di mana salahnya dengan sistem pendidikan dan pendekatan menangani sosial yang ada sekarang?

5 comments:

a kl citizen said...

susah nak kata ya cikdah
dunia akhir zaman ni, kembali semula menjadi jahiliyyah alaf baru

kita doakan diri, keluarga dan zuriat kita dijauhkan dari fitnah seperti ini

terbaru dari saya : saya ikut perlahan dari belakang

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Gejala ini sudah lama hadir. Pihak berkuasa wajip bertindak bijaksana dengan berteraskan Wahyu Allah SWT utk mengatasi segala gejala sosial yg ada.

Sanna said...

Salam Cikdah.
Ya, dah balik ke zaman Jahiliyah pulak lagaknya!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Jengah jer ler. :)

mamawana said...

Jangan kamu hampiri zina....