Anak-anak dan suami asyik komplen saja dari tadi. Rupanya mereka merungut pasal hari ini hari yang semua orang kena bawa 'green bags' sendiri sebagai langkah mencegah penggunaan beg plastik yang berleluasa.
Selangor ini pula mengambil langkah untuk menurunkan penggunaan beg plastik pada setiap hari Sabtu. Kata anak-anak, 'buatlah arahan tu untuk hari lain,' kerana di hari Sabtu ramai orang suka pergi membeli-belah. Saya pula kata, 'sebab itulah arahan itu dibuat pada hari Sabtu.'
Walaubagaimana pun semua dah bersetuju nak pergi membeli-belah juga sebab hari ini ada banyak tawaran turun harga atau hadiah-hadiah sampingan. Saya pun komenlah, 'merungut pun tak guna kan!'
3 comments:
Salam.
Itu yg lg buat malas nak pergi membeli barang arini. Hehe.
arini tak di menyopping, tak taulah pulak ya
tapi bagus jugak kan
Ada keadaan: bila tak puas shopping hari Sabtu sebab malas nak bayar beg plastik, datang lagi hari Ahad. Balas dendam!
Post a Comment