Monday, May 3, 2010

KEMPUNAN PULAK!

Tetiba saja teringin pula nak makan pincuk.  Tetapi tak tahu pula nak buat.  Macam mana ya?  Rasa nak makan sangat, dah sampai ke tahap kempunan.

Jadi saya buatlah saja N3 ni .. kut2 ada sesiapa yang baca tu tahu resipi dan cara membuatnya, harap dapat kongsikan.

Tak tahulah makanan ini ada nama lain ke tidak.  Saya tanya kawan-kawan di sini mereka tak tahu.  Mungkin juga makanan orang utara saja.

Makanan ini adalah ala-ala kerabu yang dicampur cili.  Biasanya ia dimakan bersama sessi makan buah-buahan asam yang dicicah garam belacan.  Sesiapa yang baca N3 ini dan tahu, tolonglah bagitahu ya.  Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

4 comments:

Aida Ali said...

Salam. Saya tak tau tapi terliur pulak membacanya. Nak juga rasa...

a kl citizen said...

tak pernah tau pincuk ni... first time dengar

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hehe. Kempunan berisi ke?
Di utara biasanya tu pincuk jantung pisang/pisang muda, boleh juga guna kacang botol & bunga betik. Ala-ala kerabu juga le ... nanti Kak G kongsi, insya Allah. Check my blog ya!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Insya Allah, arini Kak G kongsi.