Saturday, May 15, 2010

BISKUT RANGUP BIJAN

Petang semalam rasa teringin pula nak makan biskut bijan.  Alang-alang saya dah buat, saya berkongsilah di sini.

Biskut Rangup Bijan

Bahan-bahannya:
  1. 1 cawan tepung jagung
  2. 1/2 cawan tepung ubi
  3. 1 cawan mentega
  4. 3/4 tin susu pekat
  5. 2 biji telur putih
  6. 1/2 cawan bijan - goreng tanpa minyak hingga kekuningan
  7. 1 sudu teh esen vanila
  8. 1/2 teh baking powder
  9. secubit garam
Cara-caranya:
  1. Ayak tepung jagung, tepung ubi dan baking powder dua kali.
  2. Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan mentega.  Kacau rata.
  4. Masukkan bijan dan secubit garam.  Gaul rata.
  5. Pukulkan telur putih hingga kembang & ringan.
  6. Masukkan telur ke dalam adunan mentega.  Kacau rata.
  7. Buat lubang di tengah tepung.  Masukkan adunan mentega di tengah lubang.
  8. Perlahan-lahan bawakan tepung ke tengah.  Pusingkan di sekeliling bekas hingga menjadi doh.
  9. Canai dan terap dengan acuan kesukaan.
  10. Bakar selama 15 - 20 minit hingga masak.
Rasanya seperti kueh bangkit dan rangup.  Silakanlah mencuba ya.

7 comments:

ROHA said...

Salam.
Ada buat utk jualan?

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm, Kak G suka kueh bangkit, sedapp! :)

a kl citizen said...

kuih bangkit ni kuih evergreen....
sentiasa sedap..
dah ada kamera baru ke?

KERI said...

Salam.
Hantaq mai sikit!

BID said...

Aslmkm.
Nampak tak jelas sangat, tp kueh bangkit mmg sedap. :)

CIKDAH said...

Salam Roha. Maaf la, tak buat utk jualan.

Wkmslm kak G. TK atas ziarah. Biskut diubah sesuai selera sekarang :)

kl citizen, terima kasih cikgu. Kamera anak tu, pinjam kejap. :)

CIKDAH said...

Salam abg. Insya Allah esok la! :)

Wkmslm Bid. Terima kasih. Mmg sedap! Hehe.