Sunday, April 25, 2010

IKUT TERKENA VIRUS PILIHANRAYA

Saya anak beranak sekarang sedang berada di rumah kenalan di kawasan Parlimen Hulu Selangor.  Suami saya yang beriya-iya sangat nak melihat suasana kemuncak dalam pilihanraya di sini.  Jadi, semalam kita orang menerima pelawaan kawan untuk datang ke rumah mereka.

Malam tadi kita orang ikut juga pergi menghadiri perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Baru.  Sebelum Magrhrib lagi dah bertolak.  Kata kawan, jika lepas Maghrib, takut sesak sangat dan tak dapat masuk.  Jadi semua berjemaah ramai-ramai di sana saja.


Memang ramai betul orang yang hadir.  Kiranya penuhlah seluruh stadium tu.  Banyak pemimpin parti yang turut hadir.  Seronok jugalah mendengar segala hujjah dan perdebatan itu.

Hari ini orang sini sudah keluar mengundi.  Awal-awal tadi kawan kita orang ni sekeluarga sudah keluar untuk mengundi.  Saya sekeluarga pula mengambil alih tugas untuk menyediakan sarapan, makan tengahari dan 'apa-apa yang patut' kata tuan rumah.  Hehe.

Abis membantu pembantu rumah memasak untuk makan tengahari dan juga membuat kueh untuk petang, saya duduk berehat la sementara menunggu tuan rumah pulang, dan juga kedatangan keluarga saudara saya yang juga mahu datang.

Nasib baik makan sarapan yang berat tadi.  Jadi kenyang juga lagi.  Alang-alang mengadap komputer, ehsan tuan rumah juga .. seronok kan jadi tetamu?!

7 comments:

a kl citizen said...

baik hati betul tuan rumah ya..

CIKDAH said...

Aslmkm Cikgu.
Ya Cikgu. Siisteri adalah teman rapat sekolah saya dulu. Mereka dah selalu lawa, tp ada saja halangannya. Sekali ni barulah jd .. pilihanraya punya pasal :)

KERI said...

Salam Cik.
Patut la cikgu buat komen kat blog abg lagu tu .. hehe.

KAKIAH said...

Salam.
Ghairah betul ni!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Seronok nyer masih punya kawan baik yg tak terhakis bersama waktu!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm ... lamanya hangover Hulu Selangor ni? Hehe.

mohamadkholid said...

apa pun, sedih dgn hulu selangor!