Saturday, April 17, 2010

SURIRUMAH TERTIPU DI INTERNET

Hari ini saya tergamam juga membaca berita tentang seorang suri rumah yang kerugian RM 228,000 gara-gara tertipu dengan tarikan pelaburan yang menjanjikan pulangan RM168 juta.  Rupanya suri rumah yang masih begitu muda sudah mempunyai simpanan sebanyak itu.  Namun masih mendambakan status kekayaan sebagai seorang jutawan dengan cara yang mudah.

Hairan pun ada.  Bagaimana dia boleh termakan janji yang dilakukan di angin lalu saja iaitu melalui internet ini.  Seghairah mana sekalipun, seseorang mesti bersifat rasional kerana pelaburan itu melibatkan satu jumlah yang banyak.

Tak mungkinlah orang yang berjaya menariknya melaburkan wang sebegitu banyak itu menggunakan ilmu hitam atau ubat guna-guna.  Tak pernah dengar lagi kuasa ilmu hitam boleh merentas Maya.  Keadaan begitu tidak logik langsung.

Apa yang nyata, wanita ini benar-benar berjaya ditipu.  Walaupun dia seorang mempunyai kelulusan akademik yang agak baik, ternyata dia masih mudah terpedaya.  Sekalipun tidak pernah bertemu, dan tidak ada sebarang perjanjian secara bertulis, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju untuk melaburkan wang yang sebegitu banyak.

7 comments:

mamawana said...

Pandai pun ada gak "ba' wau da wau ha nyer....

Zizaq said...

Salam ASAN.
Hmmm, mungkin ada masaalah peribadi lain sp kesucian yg teramat, jd mudah tergoda dgn kata2 manis!!

KERI said...

Salam.
Suri rumah itu ternyata amat kesunyian .. Sampai ke peringkat maksima yg mendorongnya membuat perkara seperti itu!

Guru said...

kasihan juga ya
pengajaran yang pasti tak dilupakannya seumur hidup

Zizaq said...

Salam kembali.
Minta maaf dgn komen awal harini. Camne pula tertulis 'Asan' .. nak cepat td .. maaf ya.

Anonymous said...

Aslmkm.
Kan ada pepatah Melayu tu - 'ikut hati mati.' Arini, terbaca mangsa tu masih mahukan siMamat Hitam tu.

Kamsiah yusoff said...

salam
logiknya...takde sesiapapun yg akan 'meng offer kan'pd kita duit yg banyak,dgn sebegitu mudah...
herannya...masih ramai yg tertipu...