Sunday, April 11, 2010

AF 8 TAK MENYENGAT

Akademi Fantasia 8 (AF 8) ini rasa macam hambar dan tidak ada ummmph.  Awal promosi dulu katanya penuntutnya lebih berkualiti.  Ini sudah berapa minggu, tak nampak pun kualiti yang lebih baik tu.

Adakan ukuran kualiti yang diguna pakai oleh pemilih tidak sama dengan penonton dan pengundi?  Mungkinkah juga juri diperingkat pemilihan dan saringan awal tu membuat pengadilan yang salah?

Pendek kata bermacam-macam soalan jugalah yang ada berligar di kepala penonton seperti saya.  Yang nampak ceria dan menghiburkan ialah sessi diari yang dikendalikan oleh Jimmy Shanley tu.  Pengacaraan oleh Sarimah dan Jimmy pun nampak tidak begitu lancar.  Sepertinya Sarimah hilang sengat dan semangat.

Saya setuju dengan pemerhatian wartawan akhbar tempatan yang membuat liputan tentang AF 8 ini.  Penuntutnya ditonjolkan sebagai penuntut yang lembek.  Ini membuatkan AF 8 semakin tidak menyengat!

4 comments:

ROHAM said...

Salam.
Benar. Hambar saja. Mungkin juga salah strategi!

KERI said...

Salam.
Memang terlalu hambar .. tak ada aura la tu!

Zizaq said...

Salam.
Ya .. mungkin dah hilang sengat .. mcm2 tak kena .. lagu bes2 didangdutkan pula!! :((

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm .. seminggu juga Kak G tak singgah ya? :)