Sunday, March 21, 2010

MENCARI KESUAIAN

Saya masih mencuba pelbagai kombinasi warna dan 'layout' yang lebih baik.  Dari semalam lagi saya telah mencuba. 

Malam tadi saya rasa dah dapat kombinasi warna yang memuaskan hati saya.  Tapi tadi, sementara menunggu masuk waktu solat, saya buka dan tengok balik.  Rasa tak berapa nak puas hati pula.  Jadi diubah lagi.

Inilah hasil seni minda saya .. :)  Buat masa ini, rasa dah okey sangat.  Cuma mungkin boleh ditambah-baik dengan perhiasan dan aksesori pula.  Saya tak hendak semakkan dengan bermacam-macam 'frills' tapi mungkin boleh nampak lebih lengkap dengan jam dan kalendar yang sesuai.

OK la, nak pergi solat Zohor pula.  Suami dah sound tu.  Kita orang nak pergi makan kenduri kahwin di rumah kawan di Bangsar.

6 comments:

BID said...

Aslmkm.
Perubahan yg menarik .. cantik la dgn jam digital tu .. mana dpt ek? .. Bid ada tgk di beberapa blog lain juga.

DDrfauziah said...

Aslmkm & Hi CIKDAH.
Sorry,lewat jugak baru dpt jengah ni :)
Terima kasih ya kerana sering ke teratak Kak G.
Hmmm ... Kak G suka le wajah baru ni, sbb ini warna kegemaran Kak G ... hehe. Kombinasi warna pun menarik & tambah seri dgn digital clock tu ... Gd job!

KERI said...

Salam CIK.
Laaa .. dah berubah hampir 100% ni .. cantik! Mana dapat jam tu?

Zizaq said...

Salam.
U pun tukar baju baru juga ya? Dah la kita nak serupa .. hehe .. kira2 kembar Maya!

DANZ said...

Salam.
Satu perubahan yang menarik.
Saya dulu pun melakukan perkara yang sama.

a kl citizen said...

warna menarik...