Monday, March 29, 2010

BIAR SAKIT MATA


Semalam kita digemparkan lagi dengan berita bahawa seorang pelakon filem dan drama terkenal di 1990an telah menghilangkan diri dan sedang dicari polis kerana aduan memukul dan mencederakan isterinya.  Sumber berita berkenaan telah memberi imbasan siapa pelakon itu.  Hari ini jelas pula mereka mencari Badrul Muhayat yang popular dalam siri TV dan juga filem popular.

Dulu pun saya pernah dengar cerita bahawa pelakon ini memang jenis yang panas baran dan selalu memukul isterinya.  Malah ketika itu diberitakan beliau mengugut untuk membunuh isterinya, dan menendang perut isterinya yang sedang ketika itu hingga keguguran.

Terakhir ini diberitakan dia sekali lagi membuat hal.  Mengikut kenyataan sumber polis, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.

Badrul Muhayat dikatakan naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.  Ketika itu ialah awal pagi hari di rumah di Kampung Cheras Baru.  Diberitakan pelakon terbabit baru saja pulang ke rumah selepas sekian lama dia menghilangkan diri.  Isterinya mengesyaki dia mengambil bahan terlarang dan cuba bertanyakan perkara itu.  Selain itu, isterinya juga terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Pihak polis berharap Badrul Muhayat akan segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes.  Kes itu bakal disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Saya jadi teringat kebijaksanaan orang-orang kita memberi nasihat dan garis panduan dalam memilih jodoh.  Kata orang tua-tua dan bijak pandai, jika memilih calon isteri atau suami, " .. biar beriman dan baik hati .. jangan ikut hati nanti mati .. dan biar sakit mata tapi jangan nanti sakit hati .."

6 comments:

BID said...

Aslmkm.
Itu la kat ofis td kecuh org bercerita .. tp dia pun tak juga hensem sangat .. hehe. Bid akan ambil ingatan. TK.

Zizaq said...

Salam.
Mmg tak boleh mata dan hati .. kan dah binasa boleh mati? :)
Hmm .. ambil bunga orchid Kak G ya?

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kak G nak komen psl bunga orkid dulu ... cuba adjust supaya balance & lbh cantik :)
Fizikal bukan ukuran bijak ... Cari teman biar dinilai hati budinya dulu.

sonata anak kancil said...

salam...orang macam ni....tak tahu hukum hakam @ tujuan dalam perkahwinan gamaknya

KERI said...

Salam CIK.
Betul tu .. sakit mata takkan membawa kepada sakit jiwa!!

~"~ NuniReza ~"~ said...

b4 kawen..mesti x same ngan after kawen... wat Nuni takut nak kawen..