Monday, March 15, 2010

CENDERAHATI KENDURI KAHWIN

Saya nak menceritakan sedikit tentang jenis-jenis cenderahati yang diberikan kepada tetamu pada majlis-majlis perkahwinan.  Memang dah menjadi tradisi untuk tetamu mendapat balasan dalam bentuk cenderahati yang pelbagai.

Dulu-dulu tu semua tetamu akan diberi telur rebus yang dibentuk menjadi jambangan bunga telur dan bunga rampai.  Ada yang lebih bermurah hati akan turut memberi juga sebungkus kuih-kuih tradisonal.  Pendek kata semuanya mesti ada jenis makanan.

Tetapi sekarang ni, macam-macam jenis cenderahati diberikan.  Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak.  Sudah jarang yang memberi telur rebus.  Kebanyakan jenis makanan yang diberikan adalah gula-gula dan kek.  Sementara pemberian dalam bentuk lain adalah seperti sapu tangan, lapik gelas, buku nota kecil, kipas tangan, dan sarung kotak tisu.

Semalam tu buat pertama kalinya, saya dan setiap tetamu lain mendapat sebotol kecil jem yang dibungkus dengan sehelai sapu tangan.  Di sebuah majlis resepsi lain malam sebelumnya pula, tetamu diberi  coklat yang dibentuk merupai telur dan diisikan dalam kotak yang dihias dengan kuntuman bunga kecil


Saya mengambil gambar cenderahati yang saya dan keluarga dapat pada majlis kahwin pada hari Sabtu dan Ahad kelmarin.  Lihatlah rupanya, nampak cantik,  tetapi ini adalah jenis yang amat manis sekali.  Mungkin juga ia sebagai simbol untuk sebuah rumahtangga yang manis.

8 comments:

Guru said...

assalammualikum

tak pernah dapat jem sebagai ganti bunga telur..
menarik juga ya

Zizaq said...

Salam.
Wah menarik juga cenderahati ini .. latest agaknya! Saya teruja menanti giliran :)

CIKDAH said...

Wkmslm kl citizen.
Terima kasih di atas komen & sokongan.

CIKDAH said...

Salam jua Zizaq.
Mungkin juga .. saya pun 1st time dpt :)

BID said...

Aslmkm.
Wahhhh .. bestnye .. mesti mahal! Bid pun tak pernah tgk cenderahati seumpama ini .. mungkin cuma ada di majlis orang kelas atasan saja!

Lynn Nasir said...

salam kenal,

bestnyer dpt mende luarbiasa masa kenduri..mmg 'manis' (^o^)//

Anonymous said...

Aslmkm.
Ya, macam-macam rupa & bentuk! Tuan rumah, keluarga yang mengadakan majlis, jenuh juga memikir - apa la cenderahati yg nak diberi :)

Anonymous said...

kami pun pi kenduri kahwin sabtu lepas...dapat 1 bakul cenderahati.

apa taknye..1 family 8 org, se org dpt 1 goodie bag kenit...haha