Bila apa-apa berlaku, setiap kali semakin menyerlah sifat negatif dan tidak malu orang Melayu. Macam dah jadi stigma pula. Tak cukup dengan perasaan hasad dengki, orang-orang Melayu suka mengumpat dan memburukkan orang lain. Na u'uzubillah.
Paling panas sekarang ialah bagaimana AP-AP yang melompat parti mendedahkan keburukan parti lamanya, malah kawan rapat dan bekas ketuanya sendiri. Ibarat suami isteri yang sudah bercerai yang akan mengatakan segala yang buruk-buruk saja mengenai pasangannya, walhal mereka pernah tidur sebantal memadu kasih.
Saya sendiri tak berani memberi komen tentang kebenaran apa yang diperkatakan. Sesiapa pun boleh mengata dan berkata apa, tetapi semua mesti dibuktikan kebenarannya. Kalau sekadar berkata orang itu berbuat begitu dan berkata begini, apa bezanya dengan yang empunyai diri yang mengaku marah dan keluar parti kerana dia dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.
Perbuatan mereka itu tidak selari dengan amalan sebagai seorang Islam. Seorang Islam harus menasihati dan menolong saudaranya jika keadaan memerlukannya, tapi mesti terus menjaga maruah saudaranya dengan tidak menyebarkan perkara yang tidak baik mengenai mereka. Pepatah Melayu sudah jelas memberi perumpamaan, 'satu jari telunjuk menunjuk kepada orang, empat jari lagi akan menunjuk kepada diri sendiri.'
Betapa orang bukan Melayu dan bukan Islam dapat melihat keburukan orang politik Melayu. Bodoh betul AP-AP Melayu rancak bertelagah sesama sendiri. AP-AP dari kalangan kaum-kaum dan puak lain boleh saja mentertawakan kebodohan sedemikian.
6 comments:
Salam.
Sukar untuk mengubah perangai dan tabiat buruk pada yg sudah tua bangka. Kitalah yg kena berusaha mengubah dengan bermula dari rumah kita sendiri - anak2 & cucu2 kita mesti diasuh dgn kualiti2 yg baik & positif.
Salam.
Saya juga setuju!
Salam CIK.
Abg pun setuju sangat dgn N3 ni. Melayu patut saling menjaga.
Aslmkm.
Memang dah hura-hara kerana orang Melayu kita sendiri!
Aslmkm.
Memang itulah kelemahan ketara org Melayu ... sedih kan?
Salam Dik.
Pergi ke mana? Fon & sms pun tak jawap ni!! :)
Post a Comment