Sunday, March 7, 2010

BISKUT PISTACHIO BERKEJU

Semalam saya buat biskut untuk makanan snek petang dan juga untuk bekalan anak saya yang sedang belajar di Sekolah Berasrama Penuh.  Hari ini  saya nak kongsi resipinya pula dengan semua yang datang ke blog saya ini.  Suami dan anak-anak memang suka.  Harap-harap anda semua juga suka.

BISKUT PISTACHIO BERKEJU


Bahan-bahannya:

100 gm kacang Pistachio - tumbuk kasar
20 gm badam  - tumbuk kasar
125 gm mentega
100 gm gula ising
3 sudu besar keju
2 telur besar
120 gm tepung gandum halus
30 gm tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam dan gula
acuan kertas secukupnya

Cara-caranya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan 1 kuning telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan esen vanilla.  Kacau rata.
  4. Masukkan pula keju dan pukul sekejap.
  5. Keluarkan 1/4 bahagian, masukkan ke dalam kelonsong acuan ising.
  6. Ayak kedua-dua tepung sebanyak 2 kali, dan masukkan ke dalam adunan selebihnya.
  7. Masukkan 3/4 bahagian kacang pistachio dan badam.  Gaul sebati.  Bulatkan kecil-kecil.
  8. Pukul 1 biji telur dengan secubit garam dan gula.
  9. Aturkan acuan kertas di dalam dulang pembakar berbentuk lubang cawan.
  10. Letakkan adunan yang dibulatkan di dalam acuan kertas.  Leperkan.
  11. Sapukan di atasnya dengan telur yang dipukul tadi.
  12. Letakkan kacang pistachio dan badam di atasnya, tekan sedikit dan leperkan.
  13. Picitkan adunan di dalam kelongsong acuan ising di atas sekali.
  14. Bakar dengan api sederhana hingga masak. 

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Ni mesti termasuk golongan yg suka makanan jenis manis2an ... kalau Kak G amalkan betambah montel le nnti :)

DANZ said...

Salam CIKDAH.
Nampak menyelerakan .. buat utk jualan juga ke?

BID said...

Aslmkm CIKDAH.
Sedap! Mesti sedap ni kan? Nanti Bid akan mencubanya bila ada kelapangan & cukup bahannya!

Zizaq said...

Salam CIKDAH.
Nampak menyelerakan .. buat jualan ke?

mamawana said...

Salam...

Mesti sedap biskut nih...mesti try buat ni...