Monday, March 29, 2010

BIAR SAKIT MATA


Semalam kita digemparkan lagi dengan berita bahawa seorang pelakon filem dan drama terkenal di 1990an telah menghilangkan diri dan sedang dicari polis kerana aduan memukul dan mencederakan isterinya.  Sumber berita berkenaan telah memberi imbasan siapa pelakon itu.  Hari ini jelas pula mereka mencari Badrul Muhayat yang popular dalam siri TV dan juga filem popular.

Dulu pun saya pernah dengar cerita bahawa pelakon ini memang jenis yang panas baran dan selalu memukul isterinya.  Malah ketika itu diberitakan beliau mengugut untuk membunuh isterinya, dan menendang perut isterinya yang sedang ketika itu hingga keguguran.

Terakhir ini diberitakan dia sekali lagi membuat hal.  Mengikut kenyataan sumber polis, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.

Badrul Muhayat dikatakan naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.  Ketika itu ialah awal pagi hari di rumah di Kampung Cheras Baru.  Diberitakan pelakon terbabit baru saja pulang ke rumah selepas sekian lama dia menghilangkan diri.  Isterinya mengesyaki dia mengambil bahan terlarang dan cuba bertanyakan perkara itu.  Selain itu, isterinya juga terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Pihak polis berharap Badrul Muhayat akan segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes.  Kes itu bakal disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Saya jadi teringat kebijaksanaan orang-orang kita memberi nasihat dan garis panduan dalam memilih jodoh.  Kata orang tua-tua dan bijak pandai, jika memilih calon isteri atau suami, " .. biar beriman dan baik hati .. jangan ikut hati nanti mati .. dan biar sakit mata tapi jangan nanti sakit hati .."

Thursday, March 25, 2010

MELAYU MEMALUKAN MELAYU


Bila apa-apa berlaku, setiap kali semakin menyerlah sifat negatif dan tidak malu orang Melayu.  Macam dah jadi stigma pula.  Tak cukup dengan perasaan hasad dengki, orang-orang Melayu suka mengumpat dan memburukkan orang lain.  Na u'uzubillah.

Paling panas sekarang ialah bagaimana AP-AP yang melompat parti mendedahkan keburukan parti lamanya, malah kawan rapat dan bekas ketuanya sendiri. Ibarat suami isteri yang sudah bercerai yang akan mengatakan segala yang buruk-buruk saja mengenai pasangannya, walhal mereka pernah tidur sebantal memadu kasih.

Saya sendiri tak berani memberi komen tentang kebenaran apa yang diperkatakan.  Sesiapa pun boleh mengata dan berkata apa, tetapi semua mesti dibuktikan kebenarannya.  Kalau sekadar berkata orang itu berbuat begitu dan berkata begini, apa bezanya dengan yang empunyai diri yang mengaku marah dan keluar parti kerana dia dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.

Perbuatan mereka itu tidak selari dengan amalan sebagai seorang Islam.  Seorang Islam harus menasihati dan menolong saudaranya jika keadaan memerlukannya, tapi mesti terus menjaga maruah saudaranya dengan tidak menyebarkan perkara yang tidak baik mengenai mereka.  Pepatah Melayu sudah jelas memberi perumpamaan, 'satu jari telunjuk menunjuk kepada orang, empat jari lagi akan menunjuk kepada diri sendiri.' 

Betapa orang bukan Melayu dan bukan Islam dapat melihat keburukan orang politik Melayu.  Bodoh betul AP-AP Melayu  rancak bertelagah sesama sendiri.  AP-AP dari kalangan kaum-kaum dan puak lain boleh saja mentertawakan kebodohan sedemikian.

Sunday, March 21, 2010

MENCARI KESUAIAN

Saya masih mencuba pelbagai kombinasi warna dan 'layout' yang lebih baik.  Dari semalam lagi saya telah mencuba. 

Malam tadi saya rasa dah dapat kombinasi warna yang memuaskan hati saya.  Tapi tadi, sementara menunggu masuk waktu solat, saya buka dan tengok balik.  Rasa tak berapa nak puas hati pula.  Jadi diubah lagi.

Inilah hasil seni minda saya .. :)  Buat masa ini, rasa dah okey sangat.  Cuma mungkin boleh ditambah-baik dengan perhiasan dan aksesori pula.  Saya tak hendak semakkan dengan bermacam-macam 'frills' tapi mungkin boleh nampak lebih lengkap dengan jam dan kalendar yang sesuai.

OK la, nak pergi solat Zohor pula.  Suami dah sound tu.  Kita orang nak pergi makan kenduri kahwin di rumah kawan di Bangsar.

Friday, March 19, 2010

WHAT A REVELATION!

This sure is NEWS.It is not something pleasant.  In fact it is quite the opposite.  I qoute the news that was channelled out through Bernama in its entirety below:
Witness:
Payment for calling visas were for a political fund

KUALA LUMPUR (March 19, 2010): A witness in the corruption trial of former Immigration director-general Datuk Wahid Md Don told the Sessions Court here today that payments made for the approval of calling visas for Bangladesh workers were for a political fund.

Businessman Datuk Zulkafli Maulud, 53, said he knew about this from another businessman, Datuk Seri Low Chang Hian, and that from what he understood by what Low had said to him, the money was for a minister.

Before stating that the money was a poltical fund, he had also mentioned that it was political donation to the same person.

Asked by Wahid's lawyer V. Sithambaram during cross-examination whether he had any links with the minister's brother-in-law known as Syed Abdullah, Zulkafli said: "Never."

During the earlier proceedings in the trial, a broker Burugabudeen Mohamed Ismail, 50, had told the court that Syed Abdullah had received money from him to expedite approval of calling visas for foreign workers in 2008 and that it was for a political fund.

Wahid, 57, is charged with receiving a bribe of RM60,000 from Low to expedite approval of 4,337 calling visas for Bangladesh workers.

He is alleged to have committed the offence at his house in Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta here at 10.15 pm on July 10 2008.

When the proceedings resumed today, Zulkafli, who is involved in supplying foreign workers, shipping and trading in firearms, had told the court that he had been remanded for five days together with Low and Abdul Jabbar Abdullah, a broker.

The trial before judge Rosbiahanim Ariffin continues on March 29 and 30. -- Bernama
We have heard about these sickening news very often.  But I dont remember such a revelation was ever made in an open court.  How pitiful, the civil servants are made to serve the political masters, instead of serving the people dutifully.

Wednesday, March 17, 2010

BLOG DDRFAUZIAH

Saya baru saja balik dari menziarahi blog DDrfauziah.  Banyak entry2nya tu mempunyai mesej tersendiri.  Saya jadi teruja pula nak berkongsi dengan kengkawan.

Banyak isu yang beliau ketengahkan.  Tetapi banyak sangat pula jika nak diceritakan.  Jadi rasanya elok anda sendiri saja membacanya.  Blognya ialah ddrfauziah2all.blogspot.com.

Monday, March 15, 2010

CENDERAHATI KENDURI KAHWIN

Saya nak menceritakan sedikit tentang jenis-jenis cenderahati yang diberikan kepada tetamu pada majlis-majlis perkahwinan.  Memang dah menjadi tradisi untuk tetamu mendapat balasan dalam bentuk cenderahati yang pelbagai.

Dulu-dulu tu semua tetamu akan diberi telur rebus yang dibentuk menjadi jambangan bunga telur dan bunga rampai.  Ada yang lebih bermurah hati akan turut memberi juga sebungkus kuih-kuih tradisonal.  Pendek kata semuanya mesti ada jenis makanan.

Tetapi sekarang ni, macam-macam jenis cenderahati diberikan.  Ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak.  Sudah jarang yang memberi telur rebus.  Kebanyakan jenis makanan yang diberikan adalah gula-gula dan kek.  Sementara pemberian dalam bentuk lain adalah seperti sapu tangan, lapik gelas, buku nota kecil, kipas tangan, dan sarung kotak tisu.

Semalam tu buat pertama kalinya, saya dan setiap tetamu lain mendapat sebotol kecil jem yang dibungkus dengan sehelai sapu tangan.  Di sebuah majlis resepsi lain malam sebelumnya pula, tetamu diberi  coklat yang dibentuk merupai telur dan diisikan dalam kotak yang dihias dengan kuntuman bunga kecil


Saya mengambil gambar cenderahati yang saya dan keluarga dapat pada majlis kahwin pada hari Sabtu dan Ahad kelmarin.  Lihatlah rupanya, nampak cantik,  tetapi ini adalah jenis yang amat manis sekali.  Mungkin juga ia sebagai simbol untuk sebuah rumahtangga yang manis.

Saturday, March 13, 2010

TAK TAHU NAK MENCERITAKAN CERITA

Saya masih lagi tak dapat rentak irama dalam Maya ini agaknya.  Macam-macam cerita yang ada, tetapi masih terkial-kial bagaimana nak menceritakan cerita-cerita ini.

Hari-hari saya melayari Maya dengan membaca blog-blog mereka yang saya ikuti.  Ada blog tu, gaya paparannya nampak kelas sangat, tapi ada juga yang santai-santai saja.

Jadi mungkin masaalah saya sekarang ialah kerana saya masih cuba mengenali diri saya sendiri.  Kahkahkah ... seperti tak tau identiti sendiri pula.

Bila saya sudah rasa amat selesa nanti, saya yakin saya dapat menjadi rakan blogger yang baik.  Kepada yang telah sudi jadi pengikut saya, harap dapat terus beri sokongan moral kepada saya.  Terima kasih banyak. 

Sunday, March 7, 2010

BISKUT PISTACHIO BERKEJU

Semalam saya buat biskut untuk makanan snek petang dan juga untuk bekalan anak saya yang sedang belajar di Sekolah Berasrama Penuh.  Hari ini  saya nak kongsi resipinya pula dengan semua yang datang ke blog saya ini.  Suami dan anak-anak memang suka.  Harap-harap anda semua juga suka.

BISKUT PISTACHIO BERKEJU


Bahan-bahannya:

100 gm kacang Pistachio - tumbuk kasar
20 gm badam  - tumbuk kasar
125 gm mentega
100 gm gula ising
3 sudu besar keju
2 telur besar
120 gm tepung gandum halus
30 gm tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam dan gula
acuan kertas secukupnya

Cara-caranya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan 1 kuning telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan esen vanilla.  Kacau rata.
  4. Masukkan pula keju dan pukul sekejap.
  5. Keluarkan 1/4 bahagian, masukkan ke dalam kelonsong acuan ising.
  6. Ayak kedua-dua tepung sebanyak 2 kali, dan masukkan ke dalam adunan selebihnya.
  7. Masukkan 3/4 bahagian kacang pistachio dan badam.  Gaul sebati.  Bulatkan kecil-kecil.
  8. Pukul 1 biji telur dengan secubit garam dan gula.
  9. Aturkan acuan kertas di dalam dulang pembakar berbentuk lubang cawan.
  10. Letakkan adunan yang dibulatkan di dalam acuan kertas.  Leperkan.
  11. Sapukan di atasnya dengan telur yang dipukul tadi.
  12. Letakkan kacang pistachio dan badam di atasnya, tekan sedikit dan leperkan.
  13. Picitkan adunan di dalam kelongsong acuan ising di atas sekali.
  14. Bakar dengan api sederhana hingga masak. 

Friday, March 5, 2010

SOKONGAN MORAL


Saya rasa amat gembira kerana sudah ada yang sudi mengikut saya.  Harapan saya ialah semoga saya akan dapat tumpang rasa bahagia dengan keberadaan saya di Maya ini.  Terima kasih semua.

Seharusnya saya juga turut berinteraksi dengan blogger-blogger lain.  Setidak-tidak pun untuk permulaan, saya harus cuba berinteraksi dengan yang sudi mengikut saya.  Ini saya akan cuba hari ini. 

Sebenarnya saya masih cuba untuk memahami mekanisma blogging ini.  Takut juga jika saya melakukan kesalahan yang ternyata bodoh nanti.  Sekurang-kurangnya, saya mesti ada pemahaman asas yang boleh diterima; maksudnya jika melakukan kesalahan biar la yang agak 'universal' ... hehe.  Tak ada malu sangat kan?

Thursday, March 4, 2010

I'M INTO THE BLOGGING WORLD


Today, I finally take that bold step into the virtual world.  My main objective is to exercise my mind to help ensure my memory remains good even when I enter into the senior and old age world :)  ... Not too many years from now!

I do not have many good friends after settling down.  When my children were still toddlers, I was practically occupied to the brim.  Now that they go to schools, sometimes I just feel that I was idling too much.

Then my cousin, KERI, suggested that I go into blogging to pass time.  I have been thinking about it for sometime already.  So, finally here I am now.  I hope I will have new friends to help make it meaningful.  Do come and visit me sometimes.

Most probably I will be bi-lingual.  Reckon my English and BM are just about OK standard, so it makes no real difference! ... Hehehe.