Sunday, June 13, 2010

CERITA ARTIS DENGAN DADAH LAGI!

Saiful Apek Dulu
Saiful Apek Kini

Berita terkini adalah agak mengejutkan.  Diberitakan bahawa pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek telah ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam.  Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengikut kenyataan polis juga kesemua suspek berkenaan akan ditahan reman selama empat hari.  Sedihnya mendengar cerita tentang artis dan dadah lagi ini.

3 comments:

KERI said...

Salam Cik.
Naper tak tefon jer? Abg p ghumah kak td .. makan karipap dengan meehoon sup udang .. sedapppp!!! Kalau tau td, koner p sana jugak la!

BID said...

Aslmkm.
Nape le suka cari susah!!!

Aida Ali said...

Entah kenapa artis sinonim dengan masalah sosial begini??