Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL TERKUTUK

Apa dilakukan oleh Israel ialah satu perbuatan jenayah perang.  Ternyata mereka amat kejam dan terkutuk.

Kita memang mengutuk tindakan ganas komando Israel yang menyerang kapal misi damai menghantar bantuan ke Gaza.  Serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah menyebabkan kematian dan kecederaan.  Perbuatan mereka adalah perbuatan laknat.

Dalam kemarahan itu, kita amat bersyukur dengan berita bahawa semua rakyat kita yang berada di atas kapal berkenaan telah pun dibebaskan dan kini berada di Jordan.  Wartawan Astro Awani iaitu Ashwad Ismail yang merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa diserang telah menghubungi majikan dan ibu bapanya.  Beliau telah berjaya membuat lapuran secara lintas langsung sebaik beliau berada di bumi Jordan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi sekelian kekejaman dan dugaan ke atas saudara sesama agama kita. 

6 comments:

Guru said...

ameen...

Anonymous said...

Aslmkm.
Ya, begitulah hendaknya. Amin.

Guru said...

assalammualaikum cik dah,

takut, nanti cik dah salah faham.
ini tentang entri saya 'masih lagi millatfacebook'......

sejak isu 'Lets Draw Muhammad Day' pada 20/5/2010, pakar IT dari Pakistan telah membuat altenatif kepada facebook Yahudi yang sedia ada, kepada penduduk dunia beragama Islam dan bukan Islam yang simpati . Facebook berplatform di Pakistan ini diberi nama "MillatFacebook".....dan dihasilkan sepenuhnya oleh orang Islam


boleh baca di blog saya ttg isu tersebut
http://klcitizen.blogspot.com/2010/05/jom-berfacebook.htm


jadi saya mengajak semua umat Islam mula berfacebook di Millatfacebook... bukan di facebook Yahudi tu.

saya harap tidak ada salah sangka. saya masih tidak menyokong facebook Yahudi lagi, dan dalam masa kita memboikot barang2 Yahudi , kita juga wajar melumpuhkan rangkaian sistem sosial mereka iaitu facebook Zuckerberg itu sendiri.

:)

BID said...

Aslmkm.
Ehhh .. ada gaduh2 ke ni??
Harap semua OK je.

Anonymous said...

Aslmkm.
Lalu saja le. :)

Sanna said...

Salam.
Ya semoga Allah melindungi kita serta memberi kekuatan,amin.