Ternyata pihak berkuasa tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa pelakon dan pelawak popular Saiful Apek dan lima rakannya yang ditahan reman sejak 13 Jun lalu itu. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Besar maknanya tu kan? Walaupun polis berkata bahawa, 'mereka masih lagi menjalankan siasatan lanjut... kesemua suspek berada dalam pemerhatian kita lagi,' tetapi pelepasan ini memberi harapan kepada beliau dan peminat-peminat setia. Sekurang-kurangnya pelakon komedi kesayangan ini tidaklah seburuk seperti gambaran negatif yang dipaparkan setelah dia ditahan reman itu.
Semoga semuanya memberi ikhtibar kepada mereka yang berkenaan serta juga masyarakat keseluruhannya. Kita sama-samalah turut doakan juga supaya siasatan lanjutan akan hanya mengesahkan bahawa mereka harus dibebaskan.
2 comments:
Aslmkm.
Kesalahan mesti dibuktikan dulu sbb asas undang2 tu adalah adil & saksama kan!
Wkmslm kak G.
Betul kata kak tu. Tp masyarakat selalu cepat menghukum!
Post a Comment