Dengan tak semena bilik belakang bocor. Kebetulan saja saya ke bilik belakang semasa hujan lebat dua hari lepas. Kedengaran bunyi macam air jatuh dari siling. Saya mendongak ke atas tak pula nampak apa-apa.
Puas juga di cari tempat yang kedengaran air jatuh itu. Rupanya di atas rak buku. Barulah nampak seperti lorongan air di siling. Bila diperhatikan betul-betul nampak siling kayu sudah mengelembung ke bawah. Mungkin sudah lama juga air hujan bocor dari tempat itu.
Saya manalah tahu buat apa-apa. Sekadar ambil satu baldi dan letakkan di kawasan yang turun air hujan itu. Kemudian saya beritahu suami. Di panggil plumber, katanya itu kena panggil tukang buat bumbung kerana dia syak bumbung yang bocor.
Sudah dua hari saya sibuk mengalehkan barang di sekitar kawasan yang bocor itu. Letih juga dibuatnya. Hari inilah baru tukang bumbung datang dan selesai membaiki bumbung. Katanya ada jubin bumbung yang pecah. Katanya ada batu sebesar bola tenis di situ.
Agaknya ada budak-budak nakal membaling batu ke atas bumbung sambil-sambil mereka berjalan di lorong belakang rumah tu. Tak pasal-pasal lebur RM650 begitu saja. Rasa macam mahal, tapi terpaksalah dibayar juga. Nasib!
5 comments:
hujan batu ke? sampai ke bumbung pulak ya...
budak2 swkarang....
Hehe .. tak pernah tengok ujan batu lagi. Mmg byk juga budak2 nakal lalu lorong belakang .. kalau sidai jeans - selamat!
Hehe .. tak pernah tengok ujan batu lagi. Mmg byk juga budak2 nakal lalu lorong belakang .. kalau sidai jeans - selamat!
Salam Cikdah.
Teruknyer budak2 tu ya!
Aslmkm.
Macam2 jahat yg ada!!!
Post a Comment