Tuesday, June 8, 2010

BAHANG GELOMBANG ANTI-JUDI

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan sepertimana yang diperkatakan.  Menurutnya kerajaanbelum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat berkenaan.  Sebaliknya katanya kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan dari pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia.

Baru sehari sebelumnya Tan Sri Vincent Tan, pemilik syarikat berkenaan diberitakan lantang bersuara untuk mendermakna seluruh unjuran pendapatan sebanyak RM 525 juta untuk tujuan amal.  Tujuannya supaya itu akan melenyapkan rasa tidak senang dan tuduhan yang pegawai kerajaan dan parti tertentu akan mendapat manafaat dari lesen judi berkenaan.

Sekarang siapa yang bercakap benar?   Jelas kedua-dua insan ini terkesan dengan bahang gelombang anti-judi yang semakin meluas di kalangan rakyat..

3 comments:

Nori said...

Salam perkenalan.
Semua lidah bercabang tu!

BID said...

Aslmkm.
Hanya Tuhan Maha Mengetahui. Mereka tahu apa yg mereka lakukan .. biar yg berbohong diberi petunjuk!

RAM said...

Salam perkenalan.
Byk orang cakap tak serupa bikin, sbb sekarang talam banyak muka!