Bersempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin turut bertazkirah juga. Tujuannya supaya kita sama-sama dapat saling mengingatkan untuk membentuk iman selaras suruahan Tuhan. Topiknya lebih kepada apa yang harus diperbetulkan dahulu jika mahu memperbetulkan keadaan.
Sejak lebih seminggu, riuh juga bunyi orang yang menentang kehadiran Adam Lambert, naib juara American Idol musim lalu, bersama kumpulan persembahannya. Namun pertunjukan itu tetap berlansung.
Persoalannya, pekakah mereka yang memegang kuasa tentang isu yang dilaungkan oleh mereka yang menentang. Layakkah mereka yang berkuasa itu menilai nilai konsert seperti yang dilakukan oleh Adam Lambert itu.
Yang jelas nilai pegangan manusia memang berbeza. Bukan mengikut agama yang tercatat di dalam kad pengenalan diri mereka, tetapi nilai yang diterapkan dalam pembesaran dan pembentukan hati nurani mereka.
Kalau seseorang itu diberi nama apa sekali pun dan disah lahir dalam agama apa sekalipun, itu tidak akan banyak mempengaruhi cara hidupnya dan kepercayaannya. Sebenarnya cara dia dididik dan dibesarkan itu yang membentuk seseorang itu seperti keadaan dirinya.
Jadi jika seseorang itu namanya secantik Ahmad Insani sekalipun ia tidak menjaminkan apa-apa. Dia tetap akan terbentuk menjadi ala acuan yang membentuk dirinya.
Sekiranya persekitaran seseorang itu sentiasa jauh dari suasana Islam, di mana akan datang Nur Islamnya. Jika malah setiap hari minuman keras menjadi amalan; dan berpesta, menyanyi serta menari menjadi budaya; insan tadi hampir pasti akan menjadi seorang yang tidak mesra Islam.
Saya teringat cerita blogger anak Pahang tentang Menterinya membawa acara joget lambak sempena menyambut puasa, dan ada acara menyanyi serta menari di majlis sambutan Aidilfitri. Acara menyanyi dan menari turut melibatkan secara langsung Menteri dan anaknya yang berstatus artis di pesta itu.
Apa relevannya acara seperti itu untuk masyarakat di sana. Semua acara ini bukan menjana pembangunan insaniah dan mengukuhkan Islamiah untuk orang-orang di dalam kawasan Parlimen Bera.
Bila perkara seperti itu berlaku, rakyat harus bertanya pada diri mereka sendiri dahulu siapa yang memilih pemimpin seperti itu? Jangan melompat mencari salah orang lain.
Di SANA Allah SWT menilai setiap manusia atas imannya dan atas apa peranannya di dalam suasana yang melibatkan dirinya? Semoga kita sentiasa mendapat rahmat pertunjukNYA. Amin.