Showing posts with label My Opinion. Show all posts
Showing posts with label My Opinion. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

TOLONG BAWA PADAH

Apabila ada kemalangan, biasanya naluri orang memang mahu membantu mangsa.  Biasanya mereka mahu menolong apa yang patut terutama sekali apabila ada kecederaan.  Tetapi, dari dulu hingga sekarang di Malaysia ni, kita tak boleh bersikap baik.  Salah haribulan, diri kita sendiri pula menjadi sasaran akibat sifat marah dan panas baran pihak tertentu.

Hari ini ada berita yang skripnya hampir sama seperti ini.  Gara-gara mahu menolong orang yang dilanggarnya, seorang eksekutif pentadbiran menjadi mangsa buli jalan raya.  Diberitakan doktor mengesyaki buah pinggang wanita berusia ini mungkin rosak akibat tendangan lelaki yang mahu ditolongnya itu.

Semasa sekolah dulu saya selalu tengok.orang kampung menyerang pemandu kereta yang melanggar penunggang basikal atau pejalan kaki.  Ada satu kes, sampai pemandu pengsan dan diberitakan koma beberapa lama akibat dari serangan orang kampung yang kononnya mahu membela mangsa kemalangan.

Inilah yang orang selalu kata, 'tolong membawa padah!'   Lebih baik terus pergi ke balai polis dan minta pertolongan dari situ.

Sunday, July 18, 2010

SELUDUP JUAL BAYI

Cerita menyeludup dan menjual bayi serta kanak-kanak memang kerap kita dengar.  Dalam seminggu ini ramai mengatakan terkejut kerana jenayah ini didalangi pasangan VIP bergelar Datuk dan Datin di Kuching, Sarawak.  Pasangan ini adalah ahli perniagaan yang terkemuka.

Setelah rahsia ini terbongkar, satu persatu bukti dikesan.  Terkini dua warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan.  Setakad ini seramai lapan bayi dan kanak-kanak berjaya diselamatkan, termasuk bayi perempuan berusia 23 hari di Bandar Baru Batu Kawa, Isnin lalu.

Semua bayi dan kanak-kanak berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia.  Mereka dibawa masuk menggunakan sempadan Malaysia-Indonesia untuk dijadikan ‘bahan dagangan’ kepada pasangan berkahwin yang tidak memiliki anak.

Ramai orang tahu, banyak orang-orang bergelaran dari golongan yang menceburkan diri dalam politik dan ataupun perniagaan melibatkan diri dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.  Sungguh tidak bermoral.  Tetapi begitulah hakikatnya.  Selagi boleh, mereka mengguna kedudukan sebagai benteng kebal!

Sunday, April 11, 2010

AF 8 TAK MENYENGAT

Akademi Fantasia 8 (AF 8) ini rasa macam hambar dan tidak ada ummmph.  Awal promosi dulu katanya penuntutnya lebih berkualiti.  Ini sudah berapa minggu, tak nampak pun kualiti yang lebih baik tu.

Adakan ukuran kualiti yang diguna pakai oleh pemilih tidak sama dengan penonton dan pengundi?  Mungkinkah juga juri diperingkat pemilihan dan saringan awal tu membuat pengadilan yang salah?

Pendek kata bermacam-macam soalan jugalah yang ada berligar di kepala penonton seperti saya.  Yang nampak ceria dan menghiburkan ialah sessi diari yang dikendalikan oleh Jimmy Shanley tu.  Pengacaraan oleh Sarimah dan Jimmy pun nampak tidak begitu lancar.  Sepertinya Sarimah hilang sengat dan semangat.

Saya setuju dengan pemerhatian wartawan akhbar tempatan yang membuat liputan tentang AF 8 ini.  Penuntutnya ditonjolkan sebagai penuntut yang lembek.  Ini membuatkan AF 8 semakin tidak menyengat!

Wednesday, March 17, 2010

BLOG DDRFAUZIAH

Saya baru saja balik dari menziarahi blog DDrfauziah.  Banyak entry2nya tu mempunyai mesej tersendiri.  Saya jadi teruja pula nak berkongsi dengan kengkawan.

Banyak isu yang beliau ketengahkan.  Tetapi banyak sangat pula jika nak diceritakan.  Jadi rasanya elok anda sendiri saja membacanya.  Blognya ialah ddrfauziah2all.blogspot.com.

Friday, March 5, 2010

SOKONGAN MORAL


Saya rasa amat gembira kerana sudah ada yang sudi mengikut saya.  Harapan saya ialah semoga saya akan dapat tumpang rasa bahagia dengan keberadaan saya di Maya ini.  Terima kasih semua.

Seharusnya saya juga turut berinteraksi dengan blogger-blogger lain.  Setidak-tidak pun untuk permulaan, saya harus cuba berinteraksi dengan yang sudi mengikut saya.  Ini saya akan cuba hari ini. 

Sebenarnya saya masih cuba untuk memahami mekanisma blogging ini.  Takut juga jika saya melakukan kesalahan yang ternyata bodoh nanti.  Sekurang-kurangnya, saya mesti ada pemahaman asas yang boleh diterima; maksudnya jika melakukan kesalahan biar la yang agak 'universal' ... hehe.  Tak ada malu sangat kan?