Semalam saya buat biskut ni agak akhir juga. Selepas tu ada tamu pula datang ke rumah. Jadi hari inilah saya berkongsi resipi tu.
Biskut Keju Hati
Bahan-bahannya:
120 gm mentega
60 gm keju berkerim
180 gm tepung gandum
60 gm tepung kastard
60 gm tepung jagung
200 gm gula ising
2 biji putih telur grade B
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit bancuhan coklat pekat jika suka
Cara-caranya:
- Pukul mentega dan keju dengan 50 gm gula ising hingga sebati kembang.
- Ayak tepung gandum, tepung kastard dan 45 gm tepung jagung 2 kali.
- Masukkan 1/2 sudu esen vanilla ke dalam adunan dan keju. Kacau sebati.
- Buat lubang di tepung, letakkan adunan mentega dan keju.
- Bawakan tepung ke tengah sedikit demi sedikit untuk di sebatikan dengan adunan mentega dan keju.
- Golekan doh beberapa kali. Canai dan terap dengan acuan hati atau lain-lain mengikut kesukaan (kena tukar nama le!). Atur di dulang pembakar.
- Campurkan semua bahan-bahan yang masih tinggal dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga sebati pekat.
- Ratakan di atas kepingan biskut yang diterap tadi. Jika suka ukir bentuk bunga di tengah lapisan atas itu dengan bancuhan coklat pekat.
- Bakar hingga masak.
Mudah saja kan. Biskut ini boleh tahan sebulan lebih jika disimpan dengan baik dalam bekas yang kedap udara.
4 comments:
Salam.
Nampak menarik! Rasa pun mesti sedap sbb ada keju lag! :)
Aslmkm.
Hmmm ... ni kira mmg gigi manis! Ye ke istilah ni? Hehe.
Aslmkm.
Waa mesti sedap!
Aslmkm.
Lalu je le. :)
Post a Comment