Showing posts with label Cerita je. Show all posts
Showing posts with label Cerita je. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

KEK LAPIS SARAWAK

Sebenarnya bukan nak berkongsi macam mana nak buat kek lapis Sarawak.  Tak pandai sangat pun.  Boleh la buat, tapi letih juga kalau membuatnya.

Anak-anak pun tak berapa suka sangat.  Kata mereka kalau yang warna-warni tu tak mahu makan sebab takut akan menjejaskan kesihatan.  Ya la, banyak sangat warna, bahan kimia boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Sebenarnya nak cerita tentang bagaimana penjual semakin kreatif dan berusaha menyaingi antara mreka.  Petang tadi, semasa sessi mengaji, salah seorang pelajar yang memang sentiasa kempen supaya kami semua membeli telah membawa dua bekas kek yang diisi dengan potongan beberapa jenis kek lapis Sarawak.

POTONGAN KEK LAPIS SARAWAK

Penjualnya bukan menjamu, tapi berjualan dengan setiap potong berharga 80 sen.  Jadi takkan pula boleh katakan kami tidak membawa cukup duit.  Kiranya kami semua terperangkap untuk membeli jugalah.  Hujungnya semua membeli dua tiga potong beberapa perasa dan jenis itu.

Wednesday, December 22, 2010

TERINGIN DAPAT AWARD!

Orang yang dapat award di Maya tentulah yang ramai kawan blogger.  Walaupun tak mendapat tawaran award secara khusus, kira tawaran simbolik pun bolehlah.  Saya teringin nak jadikannya kenangan di blog ni.

Apabila kak G pelawa kepada semua pengikutnya, saya pun terimalah dengan senang hati.  Biarpun tak pandai masak seperti beliau, kira syok sendiri la sekali ni.  Tapi halal la!  Hehe.

Award yang saya maksudkan adalah award berikut ini.  Cantik juga la kiranya.


Terima kasih banyak kepada ddrfauziah aka kak G kerana memenuhi impian saya.

Saturday, December 11, 2010

HADIAH BERERTI DARI ANAK-ANAK

Malam tadi saya rasa sangat tersentuh dan dihargai anak-anak.  Selepas makan malam saja, anak-anak segera membantu untuk mengemas.  Biasanya amat liat mereka untuk melakukannya.  Rupanya mereka ada agenda.

Elok saja kami duduk diruang keluarga, anak-anak menghampiri saya.  Yang paling tua kemudian menghulurkan bungkusan hadiah.  Di dalamnya ada brooch yang comel ini.


Maaf la gambarnya tidak begitu cantik.  Maklum sajalah, tukang gambarnya terlalu amatur!  Hehe.

Kata anak-anak ini sebagai tanda rasa amat terima kasih mereka di atas segala pengorbanan saya selama ini.  Ia juga sebagai tanda mohon keampunan di atas segala kenakalan mereka.

Saya pun tak berapa mengerti sangat.  Tetapi yang penting ialah anak-anak menghargai saya.

Monday, November 29, 2010

ANAK MASAALAH MENTAL

Hari-hari kita asyik dengar cerita anak-anak yang mempunyai masaalah mental.  Semakin banyak cerita semakin takut pula rasanya.

Masaalah ini bukan saja di bandar.  Di kampung pun kita tahu banyak anak-anak menjadi masaalah kepada ibu bapa dan masyarakat.

Banyak yang tidak kena dengan sistem kita.  Kalau tidak perkara ini tak akan terjadi.  Bagaimana nak salahkan anak-anak, jika ibu bapa dan pemerintah pun tidak betul!

Thursday, November 18, 2010

RAYA KORBAN

Sepatutnya buat N3 semalam, tapi dah seronok beraya terlupa pulak.  Selamat Hari Raya Haji atau Raya Korban.  Suasana raya memang berbeza kerana banyak orang membuat kenduri setelah melakukan ibadah koraban.


Dalam pergi makan kenduri, anak-anak tak pula selesa.  Mereka yang melakukan korban masak secara ringkas saja.  Cuma masak nasi, rebus daging dan cicah dengan air asam atau pun buat kari kawah.  Bagi mereka yang banyak kakitangan sedikit turut mengadakan lauk sampingan lain.

Jadi terpaksa juga masak di rumah.  Teringat pula resipi rendang perantau Kak G.  Jadi semalam, saya buat rendang itu.  Masakan ini memang dipuji anak-anak, memang sedap.  Saya cuma tambah dengan membuat telur dadar dan sayur kailan.  Anak-anak jelas gembira.

Sunday, October 10, 2010

'HADIAH 101010'

Hari ini anak saya menghadiahkan notebooknya kepada saya.  Bukan yang baru tapi notebook yang selama ini dipakainya.

Katanya, "buat teman Mama sebelum dapat beli laptop baru."

Mula tu sedih juga.  Anak mendapat laptop baru.  Tetapi itu adalah milik syarikat tempat dia bekerja.  Selagi kerja di situ, dapatlah kemudahan itu.

Si adik pula kata jika saya tidak mahu, dia mahu.  Abahnya pula menyampuk, "Hadiah 101010."  Semua anak beranak ketawa.  Saya saja terpinga-pinga.

Rupanya maksudnya tu, memadai la sekadar nak 'on off, on off, on off' seperti maksud bahasa binary komputer.  Saya pun ikut sama ketawa.

Saturday, September 25, 2010

TENGOK LAMAN

Lamanya tak dapat ke laman.  Bukan pasal sibuk dengan agenda Raya, atau pun letin kerana Raya.  Tapi seperti saya beritahu dulu, laptop kan dah tak ada kerana dicuri orang tempuhari tu.

Ikutkan hati mahu juga kerap jengah ke sini.  Tapi maklum sajalah; bila kenderaan sendiri tak ada dan harap nak menumpang orang punya tu tentulah susah sikit.  Malas nak dengar rungutan bila pinjam-pakai laptop anak atau suami tu.  Tapi malam ni, pinjam-pakai jugalah.  :)

Rasa lambat pula masa berjalan.  Nak tunggu cukup budget untuk membeli laptop baru sendiri ni lama rasanya.  Tapi nak buat macam mana.  Mahu tak mahu kena bersabar jugalah.

Petang tadi dah pergi tengok dan survey kat kedai lagi.  Yalah kot-kot ada yang turun harga, ataupun kot ada model baru atau model lain yang lebih murah dan rasa berkenan pula di hati.  Pusing habis pun masih tetap berkenan yang sama juga.  Jadi kena tunggu bulan depan jugalah.

Saturday, July 31, 2010

UNIK SEBUAH CENDERAHATI

Saya dan suami baru saja balik dari majlis akad nikah anak buah suami.  Acara akad nikah dijalankan pada pukul 10.00 pagi dan setelah itu tetamu dijamu makan.  Mereka juga telah menggabungkan majlis hari ini sebagai majlis menyambut Ramadan.

Mereka tak menjemput ramai tetamu.  Para jemputan adalah terdiri saudara-saudara terdekat, jiran-jiran dekat dan kawan-kawan rapat mereka saja.

Bakul Cenderahati

Sebenarnya saya saja nak tunjukkan keunikan bakul cenderahati yang diberikan kepada para tetamu.  Ini adalah pertama kali saya mendapat cenderrhati seperti ini di majlis pernikahan dan kahwin.  Bukan saja bakul mini ini unik dari segi saiznya, tetapi tetamu juga disuruh membuat pilihan mengisi bakul dengan bahan pilihan sendiri dari beberapa jenis kueh, cokelat dan lain-lain buah tangan yang disediakan.

Bakul ini adalah bakul mini berukuran lebih kurang 6 - 7 inci lebar saja.  Tingginya adalah lebih kurang 8 inci.  Jadi tetamu memang terpaksa pilih apa yang mereka berkenan tapi sekadar yang muat bakul sajalah.  Unik kan?

Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010

85,000 penonton di Soccer Stadium di Johannesburg dan jutaaan lagi di seluruh dunia tidak akan mempertikaikan kemenangan Sepanyol.  Mereka memang layak bergelar Juara!

Selama bertahun-tahun mereka menunggu, akhirnya Sepanyol berjaya juga merangkul piala berprestij ini.

Ternyata pasukan yang bermutu itu berjaya.  Walaupun orang mengagung-agungkan Jerman dan Brazil, sebenarnya Sepanyol sudah lama membuktikan mereka pasukan berwibawa.  Tetapi nasib tidak bersama mereka selama ini.

Tetapi tahun ini mereka mendapat gelaran juara berganda.  Sepanyol Juara Eropah.  Hari ini mereka juga Juara Piala Dunia.

Pasukan mereka di anggotai oleh ramai anak-anak muda.  Semoga mereka akan terus mewarnai dunia bolasepak ini dengan kegemilangan.

Friday, May 28, 2010

SELAMAT BERCUTI

Hari ini cuti umum hari Wesak.  Jadi cuti hujung minggu ni menjadi panjang la kiranya.  Anak-anak dah bising ajak pergi bercuti la pulak.

Selepas solat Jumaat nanti, Abahnya berjanji nak bawa pergi bercuti ke Melaka.  Katanya nak melihat taman rimba yang baru siap untuk kunjungan orang ramai tu.  Kiranya nak pergi tengok hutan la!

Saya ingat nak buat rendang daging untuk dibawa.  Lapar ditengah malam nanti, bolehlah di makan dengan roti.