Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Monday, August 8, 2011

SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN

Baru hari inilah dapat ke Maya di bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.  Sudah masuk minggu kedua pun.
 

Syukur alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama untuk melakukan ibadah di bulan yang mulia dan penuh barakah ini.  Mudah-mudahan kita dapat menjalani Ramadhan sepenuhnya dengan baik.

SELAMAT BERIBADAH

Semoga kita semua diberkati sepenuhnya. Amin.

Tuesday, February 15, 2011

SEMPENA MAULIDUR RASUL

Hari ini adalah Maulidur Rasul atau hari kelahiran Rasulullah SAW.  Jika kita kasihkan baginda, kita harus melakukan sesuatu yang membuktikan tanda kasih kita itu.

Sebagai makhluk Allah, kita wajip menjunjung kasih terhadap Rasul Allah, Nabi Muhammad SAW.  Kita tiada pilihan untuk ketaatan ini jika kita beriman.

Sempena mengingati hari keputeraan Baginda hari ini, tentu amat baik jika kita melakukan ibadah yang akan sentiasa lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW.  Umpamanya mungkin kita boleh memberi sedekah kepada anak-anak yatim.

Thursday, August 12, 2010

REDHA

Dalam kita menanti ketibaan Ramadhan seminggu yang lalu, laptop saya dicuri orang.  Kira-kira hampir di depan mata lagi.

Ketika itu saya sekeluarga sedang nak balik kampung.  Kami balik nak berziarah.  Ini adalah kerana suami saya tetiba saja tukar plan nak beraya di KL pulak tahun ini.

Agaknya memang begitulah ketentuannya.  Laptop saya diletakkan di atas tempat duduk semasa kami singgah di tempat rehat untuk makan dan menunaikan hajat.  Kita orang baru saja turun.  Anak saya berjalan pergi dahulu.

Dalam saya duduk bercakap dengan suami, tiba-tiba saja seorang menyelinap di sisi dan mengambil laptop saya di atas tempat duduk tu dan terus cabut lari dengan menaiki sebuah kereta yang sedang menunggu.  Memang pintu sebelah saya itu masih belum ditutup lagi kerana saya nak mengambil laptop tu.  Kira memang bukan rezeki saya lagi.  Saya redha.

Sekarang dah la tak ada laptop sendiri.  PC kat rumah pun dah lama KO.  Anak dan suami memang tak bagi pakai laptop mereka.  Nak beli baru pun belum cukup budget.  Maklum sajalah dekat-dekat Raya ni belanja pun lebih sikit.

Malam ni sementara tunggu nak sahur, saya pinjam laptop suami sekejap.  Puas la merengek merayu nak buat N3 ni.  Akhirnya dia izinkan juga la. :)

SELAMAT BERPUASA.  SEMOGA SIHAT DAN KUAT UNTUK MELAKUKAN AMALAN SUNAT JUGA. AMIN.