Thursday, April 22, 2010

BILA MARAH MEMUNCAK!

Malam semalam seorang tokey ayam mati terbakar angkara pekerja sendiri yang sudah terlalu marah ke tahap maksima.  Habis kecuh kawasan Changlun yang berkenaan.

Kebetulan saudara saya di Alor Setar menelefon awal pagi tadi dan menceritakan sedikit sebanyak tentang kejadian ini.  Saya pun ada membacanya di akhbar tempatan juga sekejap tadi.

Itulah yang selalu dikatakan.  Sesabar-sabar manusia, jika perasaan dan hatinya sentiasa digugat dan dicabar, kemarahannya akan semakin memuncak.  Akhirnya, apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku bila kemarahan itu tidak dapat dibendung lagi.

Mengikut cerita, penternak ayam berkenaan telah dibunuh, dan dibakar hingga rentung oleh pekerjanya sendiri.  Pekerja berkenaan dipercayai berang kerana tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.

3 comments:

KAKIAH said...

Salam.
Memang kalau dah marah sgt, jd naik hantu kan?

Anonymous said...

Aslmkm.
Itu la jika rasa bengang sangat, kita disarankan utk mengambil wuduk & byk berastaghfar, zikir etc.

KERI said...

Salam.
Hmmm .. tu la, jika mengikut nafsu amarah. Sebab tu Islam itu indah!