Tuesday, November 23, 2010

TOLONG BAWA PADAH

Apabila ada kemalangan, biasanya naluri orang memang mahu membantu mangsa.  Biasanya mereka mahu menolong apa yang patut terutama sekali apabila ada kecederaan.  Tetapi, dari dulu hingga sekarang di Malaysia ni, kita tak boleh bersikap baik.  Salah haribulan, diri kita sendiri pula menjadi sasaran akibat sifat marah dan panas baran pihak tertentu.

Hari ini ada berita yang skripnya hampir sama seperti ini.  Gara-gara mahu menolong orang yang dilanggarnya, seorang eksekutif pentadbiran menjadi mangsa buli jalan raya.  Diberitakan doktor mengesyaki buah pinggang wanita berusia ini mungkin rosak akibat tendangan lelaki yang mahu ditolongnya itu.

Semasa sekolah dulu saya selalu tengok.orang kampung menyerang pemandu kereta yang melanggar penunggang basikal atau pejalan kaki.  Ada satu kes, sampai pemandu pengsan dan diberitakan koma beberapa lama akibat dari serangan orang kampung yang kononnya mahu membela mangsa kemalangan.

Inilah yang orang selalu kata, 'tolong membawa padah!'   Lebih baik terus pergi ke balai polis dan minta pertolongan dari situ.

7 comments:

Nori said...

Salam ziarah.
Manusia selalu emosional .. suka pakai perasaan dari rasional.

Zizaq said...

Salam Cikdah.
Itu buat orang selalu fikir banyak kali sebelum mahu menolong!

Anonymous said...

Aslmkm.
Sukarnya situasi begini!
Tapi keselamatan mesti diberi keutamaan.

RAM said...

Salam Cikdah.
Memang resmi di negara sebelah kita ni begitu .. ikut perasaan melulu!

BID said...

Aslmkm.
Begitu bila ramai ikut perasaan!

ASAN said...

Salam Cikdah.
Memang begitu bila manusia selalu baran!

Anati Soki said...

kelakuan yang dilakukan tanpa berfikiran rasional :)