Saturday, November 13, 2010

BANYAK CERITA TAK TERCERITA

Hari itu alasannya tak ada laptop selepas kecurian.  Susah nak pinjam-pinjam yang cik Abang dan anak punya.  Sekarang dah ada la tak tercerita pula cerita yang ada.

Itulah manusia kan?  Ada je alasan.  Sebenarnya memang ada macam-macam cerita.  Tapi bila dengar syarahan agama mengenai pelbagai topik dan isu, dah jadi takut pula nak bercerita.

Ya la, walaubagaimana pun bila bercerita kita mesti menyentuh tentang orang lain selain dari diri kita.  Kekadang bersangkut suami dan anak sendiri, kekadang pula mengenai saudara dan kawan rakan dan ada masanya cerita menyentuh orang luar.

Mungkin kita rasa kita tidak mengaibkan sesiapa, tapi kita melakukannya secara tidak sengaja.  Susah juga kan?

Nampaknya jalan terbaik, kena tengok dan lihat saja.  Macam mana ya?

4 comments:

Zizaq said...

Salam Cikdah.
Waduh! Kalau gitu, susah la!
Jika cerita yang baik atau bertujuan baik, pasti banyak baiknya.
ALLAH MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL.

ASAN said...

Salam Cikdah.
Hehehe.
Kalau gitu, dah tak nak bercerita .. baca jer cerita kita orang ler!

RAM said...

Salam ziarah.
Kalau tak cerita macam mana?
Asal nawaitu betul, mesti tak apa2.

Anonymous said...

Aslmkm.
Jangan dipersempitkan sesuatu ilmu serta hukum. Islam adalah amat sederhana.