Thursday, November 18, 2010

RAYA KORBAN

Sepatutnya buat N3 semalam, tapi dah seronok beraya terlupa pulak.  Selamat Hari Raya Haji atau Raya Korban.  Suasana raya memang berbeza kerana banyak orang membuat kenduri setelah melakukan ibadah koraban.


Dalam pergi makan kenduri, anak-anak tak pula selesa.  Mereka yang melakukan korban masak secara ringkas saja.  Cuma masak nasi, rebus daging dan cicah dengan air asam atau pun buat kari kawah.  Bagi mereka yang banyak kakitangan sedikit turut mengadakan lauk sampingan lain.

Jadi terpaksa juga masak di rumah.  Teringat pula resipi rendang perantau Kak G.  Jadi semalam, saya buat rendang itu.  Masakan ini memang dipuji anak-anak, memang sedap.  Saya cuma tambah dengan membuat telur dadar dan sayur kailan.  Anak-anak jelas gembira.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Selamat Hari Raya. Semoga terus dirahmati & diberkati. Amin.
Syukur la, tak ada masaalah dengan resipi Kak G. :)

Sanna said...

Salam Cikdah.
ISh3 bodek Datin Fauziah ni! Hehe.
Selamat hari raya.

ASAN said...

Salam ziarah.
:) Ya la bodek kak G!
Tapi memang sedap!

BID said...

Aslmkm.
Bid pun dah buat hari itu.
Makan sampai menjilat jari! Hehe.