Saturday, July 31, 2010

UNIK SEBUAH CENDERAHATI

Saya dan suami baru saja balik dari majlis akad nikah anak buah suami.  Acara akad nikah dijalankan pada pukul 10.00 pagi dan setelah itu tetamu dijamu makan.  Mereka juga telah menggabungkan majlis hari ini sebagai majlis menyambut Ramadan.

Mereka tak menjemput ramai tetamu.  Para jemputan adalah terdiri saudara-saudara terdekat, jiran-jiran dekat dan kawan-kawan rapat mereka saja.

Bakul Cenderahati

Sebenarnya saya saja nak tunjukkan keunikan bakul cenderahati yang diberikan kepada para tetamu.  Ini adalah pertama kali saya mendapat cenderrhati seperti ini di majlis pernikahan dan kahwin.  Bukan saja bakul mini ini unik dari segi saiznya, tetapi tetamu juga disuruh membuat pilihan mengisi bakul dengan bahan pilihan sendiri dari beberapa jenis kueh, cokelat dan lain-lain buah tangan yang disediakan.

Bakul ini adalah bakul mini berukuran lebih kurang 6 - 7 inci lebar saja.  Tingginya adalah lebih kurang 8 inci.  Jadi tetamu memang terpaksa pilih apa yang mereka berkenan tapi sekadar yang muat bakul sajalah.  Unik kan?

Friday, July 23, 2010

HALAL DAN HARAM TIDAK DIPEDULI

Cerita suami bersikap curang terhadap isteri sudah tidak asing lagi bagi kita.  Ia berlaku sejak berabad kurun yang lalu.  Tetapi akhir-akhir ini kita sering pula mendengar cerita isteri bersekedudukan dengan suami orang atau lelaki yang bukan suaminya.

Tak tahulah apa nak terjadi lagi.  Bermacam-macam perkara yang pelek dan jelek berlaku.  Memang sudah tanda-tanda dunia di akhir zaman.  Hukum halal dan haram sudah tidak dipeduli lagi.

Saya pasti kelelakian suami tergugat dengan kecurangan isteri.  Sepertimana hancur luluh hati seorang isteri mengetahui suami mempunyai simpanan, hati suami kepada isteri yang curang juga pasti berkecai.

Di mana salahnya dengan sistem pendidikan dan pendekatan menangani sosial yang ada sekarang?

Sunday, July 18, 2010

SELUDUP JUAL BAYI

Cerita menyeludup dan menjual bayi serta kanak-kanak memang kerap kita dengar.  Dalam seminggu ini ramai mengatakan terkejut kerana jenayah ini didalangi pasangan VIP bergelar Datuk dan Datin di Kuching, Sarawak.  Pasangan ini adalah ahli perniagaan yang terkemuka.

Setelah rahsia ini terbongkar, satu persatu bukti dikesan.  Terkini dua warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan.  Setakad ini seramai lapan bayi dan kanak-kanak berjaya diselamatkan, termasuk bayi perempuan berusia 23 hari di Bandar Baru Batu Kawa, Isnin lalu.

Semua bayi dan kanak-kanak berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia.  Mereka dibawa masuk menggunakan sempadan Malaysia-Indonesia untuk dijadikan ‘bahan dagangan’ kepada pasangan berkahwin yang tidak memiliki anak.

Ramai orang tahu, banyak orang-orang bergelaran dari golongan yang menceburkan diri dalam politik dan ataupun perniagaan melibatkan diri dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.  Sungguh tidak bermoral.  Tetapi begitulah hakikatnya.  Selagi boleh, mereka mengguna kedudukan sebagai benteng kebal!

Thursday, July 15, 2010

BAPA SAMAN ANAK

Macam-macam  hal berlaku sekarang.  Ada kes anak saman bapa dan sekarang dah kes bapa pula saman anak.

Semalam ada cerita seorang bapa telah memfailkan saman terhadapa anak sulungnya kerana tidak menyara anak-anak yang ditinggalkan bersama kedua ibu bapa selama tujuh tahun.  Cerita itu menarik juga kerana anaknya telah bercerai dengan isteri pertama setelah mendapat dua cahaya mata.

Walaupun bergaji lumayan sianak langsung tidak ambil peduli tentang kedua ibu bapa dan kedua anak-anaknya juga selepas baru.  Jelas-jelas itu anak derhaka yang tidak menghargai ibu bapa sendiri.  Allah SWT menjanjikan Neraka kepada anak-anak seperti ini.  Naauuzubillah.

Hari ini pula ada berita seorang bapa yang sudah lanjut usia telah mengemukakan saman terhadap tiga anak-anaknya.  Jumlah yang dituntut jauh lebih tinggi iaitu mencecah RM2 juta.

Warga emas yang berusia 85 tahun ini mendakwa bahawa dia telah dikurung dan dipaksa menandatangi satu surat pembahagian harta puska oleh anak-anaknya.  Dia kini masih trauma di atas kejadian itu.  Oleh itu dia  memfailkan saman itu menerusi peguammya di Mahkamah Tinggi Sivil.

Begitu banyak tanda-tanda dunia akhir zaman.  Sungguh menyeramkan.

Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010

85,000 penonton di Soccer Stadium di Johannesburg dan jutaaan lagi di seluruh dunia tidak akan mempertikaikan kemenangan Sepanyol.  Mereka memang layak bergelar Juara!

Selama bertahun-tahun mereka menunggu, akhirnya Sepanyol berjaya juga merangkul piala berprestij ini.

Ternyata pasukan yang bermutu itu berjaya.  Walaupun orang mengagung-agungkan Jerman dan Brazil, sebenarnya Sepanyol sudah lama membuktikan mereka pasukan berwibawa.  Tetapi nasib tidak bersama mereka selama ini.

Tetapi tahun ini mereka mendapat gelaran juara berganda.  Sepanyol Juara Eropah.  Hari ini mereka juga Juara Piala Dunia.

Pasukan mereka di anggotai oleh ramai anak-anak muda.  Semoga mereka akan terus mewarnai dunia bolasepak ini dengan kegemilangan.