Cerita menyeludup dan menjual bayi serta kanak-kanak memang kerap kita dengar. Dalam seminggu ini ramai mengatakan terkejut kerana jenayah ini didalangi pasangan VIP bergelar Datuk dan Datin di Kuching, Sarawak. Pasangan ini adalah ahli perniagaan yang terkemuka.
Setelah rahsia ini terbongkar, satu persatu bukti dikesan. Terkini dua warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan. Setakad ini seramai lapan bayi dan kanak-kanak berjaya diselamatkan, termasuk bayi perempuan berusia 23 hari di Bandar Baru Batu Kawa, Isnin lalu.
Semua bayi dan kanak-kanak berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia. Mereka dibawa masuk menggunakan sempadan Malaysia-Indonesia untuk dijadikan ‘bahan dagangan’ kepada pasangan berkahwin yang tidak memiliki anak.
Ramai orang tahu, banyak orang-orang bergelaran dari golongan yang menceburkan diri dalam politik dan ataupun perniagaan melibatkan diri dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang. Sungguh tidak bermoral. Tetapi begitulah hakikatnya. Selagi boleh, mereka mengguna kedudukan sebagai benteng kebal!