Malam tadi saya rasa sangat tersentuh dan dihargai anak-anak. Selepas makan malam saja, anak-anak segera membantu untuk mengemas. Biasanya amat liat mereka untuk melakukannya. Rupanya mereka ada agenda.
Elok saja kami duduk diruang keluarga, anak-anak menghampiri saya. Yang paling tua kemudian menghulurkan bungkusan hadiah. Di dalamnya ada brooch yang comel ini.
Maaf la gambarnya tidak begitu cantik. Maklum sajalah, tukang gambarnya terlalu amatur! Hehe.
Kata anak-anak ini sebagai tanda rasa amat terima kasih mereka di atas segala pengorbanan saya selama ini. Ia juga sebagai tanda mohon keampunan di atas segala kenakalan mereka.
Saya pun tak berapa mengerti sangat. Tetapi yang penting ialah anak-anak menghargai saya.
7 comments:
Salam Cikdah.
Sejuk rasanya.
Alhamdulillah. Saya tumpang gembira.
Aslmkm.
Kita ibu bapa memang amat bersyukur bila anak menunjukkan rasa kasih mereka.
Salam Cikdah.
Tanda anak2 solehah.
Salam Cikdah.
Tersentuh rasanya.
Salam Cikdah.
Kita memang tersentuh bila anak2 pula menunjukkan mereka prihatin. Mudah2an berterusan hendaknya!
Salam Cikdah.
Memang anak2 yg dididik dengan baik tahu menghargai ibu bapa.
Salam Cik.
Peristiwa manis ni. :)
Post a Comment