Saya nak kongsi resipi buat biskut kesukaan keluarga. Sudikanlah mencuba. Anak-anak amat suka kerana rasa coklat dan badam serta kejunya.
Biskut Badam Coklat Keju
Bahan-bahannya:
- 100 gm mentega
- 75 gm gula halus
- 150 gm tepung gandum
- 50 gm badam hancur
- 30 gm emping jagung hancur
- 1 keping kecil coklat susu (= 20-30 gm)
- 1 kuning telur
- 1 putih telur
- secukup kepingan badam
- krim keju secukupnya
Cara-caranya:
- Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan gaul sebati.
- Larutkan kepingan coklat dengan sedikit air panas
- Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam adunan. Gaul sebati.
- Canai sederhana nipis.
- Pukul telur putih supaya kembang sedikit.
- Sapukan telur di atas biskut. Atur kepingan badam di atasnya pula.
- Potong memanjang atau menyerung untuk membentuk biskut.
- Atur kepingan di dalam bekas pembaka. Picitkan krim keju di atasnya.
- Bakar hingga masak.
N.B.: Untuk adunan krim, sila lihat resipi biskut pistachio yang dipapar dahulu.
7 comments:
salam;)
klu antar sebalang kat cnie... lagi best. heheh
Salam.
Sedap nampaknya .. dijual?
Salam.
Nampak cantik .. rasa pun macam sedap .. a'a berjualan ke?
Aslmkm.
Kalau Kak G buat, Kak G kurangkan coklatnya, tp lebihkan kejunya ... hehe. Still jd biskut kan?
Salam.
Dibuat byk ke? Boleh singgah makan?
Salam perkenalan.
Saya orang baru. Harap sudi terima sebagai kawan Maya.
Nampak amat sedap ni! Nanti nak cuba :)
Salam.
:) saje dtg lg utk ucapkan terima kasih .. hehe.
Post a Comment