Tuesday, April 6, 2010

BISKUT BADAM COKLAT KEJU

Semalam lagi nak buat N3 ni.  Tapi tak berkesempatan pula kerana sibuk sangat dengan urusan anak-anak pula.

Saya nak kongsi resipi buat biskut kesukaan keluarga.  Sudikanlah mencuba.  Anak-anak amat suka kerana rasa coklat dan badam serta kejunya.

Biskut Badam Coklat Keju

Bahan-bahannya:
  • 100 gm mentega
  •   75 gm gula halus
  • 150 gm tepung gandum
  •   50 gm badam hancur
  •   30 gm emping jagung hancur
  •     1 keping kecil coklat susu (= 20-30 gm)
  •     1 kuning telur
  •     1 putih telur
  • secukup kepingan badam
  • krim keju secukupnya
Cara-caranya:
  • Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan gaul sebati.
  • Larutkan kepingan coklat dengan sedikit air panas
  • Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam adunan.  Gaul sebati.
  • Canai sederhana nipis.
  • Pukul telur putih supaya kembang sedikit.
  • Sapukan telur di atas biskut.  Atur kepingan badam di atasnya pula.
  • Potong memanjang atau menyerung untuk membentuk biskut.
  • Atur kepingan di dalam bekas pembaka.  Picitkan krim keju di atasnya.
  • Bakar hingga masak.
N.B.:   Untuk adunan krim, sila lihat resipi biskut pistachio yang dipapar dahulu.

7 comments:

Sha said...

salam;)
klu antar sebalang kat cnie... lagi best. heheh

ROHAM said...

Salam.
Sedap nampaknya .. dijual?

Zizaq said...

Salam.
Nampak cantik .. rasa pun macam sedap .. a'a berjualan ke?

Anonymous said...

Aslmkm.
Kalau Kak G buat, Kak G kurangkan coklatnya, tp lebihkan kejunya ... hehe. Still jd biskut kan?

KERI said...

Salam.
Dibuat byk ke? Boleh singgah makan?

KAKIAH said...

Salam perkenalan.
Saya orang baru. Harap sudi terima sebagai kawan Maya.
Nampak amat sedap ni! Nanti nak cuba :)

KAKIAH said...

Salam.
:) saje dtg lg utk ucapkan terima kasih .. hehe.