ME IN THE VIRTUAL WORLD
Filling up the alternative times
Friday, August 23, 2013
Monday, August 8, 2011
SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN
Baru hari inilah dapat ke Maya di bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini. Sudah masuk minggu kedua pun.
Syukur alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk dapat bersama untuk melakukan ibadah di bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Mudah-mudahan kita dapat menjalani Ramadhan sepenuhnya dengan baik.
SELAMAT BERIBADAH
Semoga kita semua diberkati sepenuhnya. Amin.
Saturday, July 30, 2011
HARI MASIH SURAM
Doktor tidak dapat mengesan apa penyakit setakad ini. Tapi saya masih juga rasa kurang sihat. Badan sentiasa rasa panas. Kekadang tu rasa meremang pula. Tenaga pun menurun.
Minggu ini kita berusaha secara pengubatan tradisional pula. Katanya ada terkena lintasan. Maksudnya buatan dituju kepada orang lain, tetapi tertempias kepada diri saya.
Nasib baik juga katanya orang yang mengupah perbuatan ini sekadar ingin memberi pengajaran kepada sasarannya tu kerana keangkuhan pihak berkenaan. Kesannya akan semakin menurun dan pupus di dalam satu jangka waktu saja.
Walaupun begitu, had waktu tu tidak dapat disahkan. Dugaan yang tak pernah terfikir pun. Tapi inilah kenyataannya.
Sunday, July 3, 2011
SEBULAN TAK MASUK MAYA
Sudah sebulan tak masuk Maya ini. Rasa lamanya! Tapi nak buat macam mana kerana banyak perkara adalah diluar kawalan kita.
Masuk saja bulan Jun, demam datang. Bila campur dengan batuk dan bisa-bisa badan, memang tak selesa.
Begitulah keadaannya bila badan terus tak sihat. Memang tak bermaya rasanya. Mood pun hilang!
Hari ini rasa bersemangat sedikit. Alhamdulillah, selepas berubat ke klinik dan juga ke pakar ulama, badan semakin sihat.
Sunday, May 29, 2011
MAKAN MAGGA PERLIS
Sudah lama juga tak update blog. Rasa macam sekejap, tapi sudah berminggu rupanya. Begitu pantas masa berjalan.
Memang ada macam cerita. Tapi selalu tak tercerita pulak.
Alang-alang ada mangga harum manis yang dibawa oleh saudara sepupu dari Perlis, saya hidangkan saja la. Buahnya tak besar sangat, dan rasanya sedang-sedang saja, tidak terlalu manis.
Subscribe to:
Posts (Atom)