Thursday, April 28, 2011

KEK LAPIS SARAWAK

Sebenarnya bukan nak berkongsi macam mana nak buat kek lapis Sarawak.  Tak pandai sangat pun.  Boleh la buat, tapi letih juga kalau membuatnya.

Anak-anak pun tak berapa suka sangat.  Kata mereka kalau yang warna-warni tu tak mahu makan sebab takut akan menjejaskan kesihatan.  Ya la, banyak sangat warna, bahan kimia boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Sebenarnya nak cerita tentang bagaimana penjual semakin kreatif dan berusaha menyaingi antara mreka.  Petang tadi, semasa sessi mengaji, salah seorang pelajar yang memang sentiasa kempen supaya kami semua membeli telah membawa dua bekas kek yang diisi dengan potongan beberapa jenis kek lapis Sarawak.

POTONGAN KEK LAPIS SARAWAK

Penjualnya bukan menjamu, tapi berjualan dengan setiap potong berharga 80 sen.  Jadi takkan pula boleh katakan kami tidak membawa cukup duit.  Kiranya kami semua terperangkap untuk membeli jugalah.  Hujungnya semua membeli dua tiga potong beberapa perasa dan jenis itu.

5 comments:

ISARA said...

Salam ziarah.
Kecik jer potongan tu!

miloaiskurangmanis said...

tektik peniaga
cuba rasa pun kena bayar

besar ke potongan untuk 80sen tu??? :o

BID said...

Aslmkm.
Ya la! Sekarang testing pun kena beli! Teruk betul!

ASAN said...

Salam Cikdah.
Wah! Gitu pula ya.
Tapi memang sekarang kek semakin naik harga!

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm.
Memang kek lapis Sarawak sudah naik harga! Ada demand kan?