Sunday, January 23, 2011

SARAPAN DISEDIAKAN ANAK

Pagi-pagi lagi anak sudah masuk dapur.  Lapar awal pulak dia hari ni.  Berbau harum datang dari dapur.  Tapi saya belum turun lagi.

Tahu-tahu anak sulung telah menyediakan burger seorang satu.  Oleh kerana roti burger tak ada, dia hentam pakai roti sandwich saja.

Beginilah rupanya.  Di dalamnya tu dia taruh daging burger, telur, timun dan tomato serta sos tartar dan cili.


Jadi pagi ni tak payah ke dapur lagilah.  Untung juga bila anak-anak dah besar.  Bila lapar mereka dah pandai pergi sediakan makanan sendiri.  Pagi ni, siap buat untuk semua pulak.  Alhamdulillah.

6 comments:

Acik Erna said...

salam cik dah..beruntung cik dah kan..
akak sendiri aje..atau pun suamai..anak2 lelalki walaupun dah besar..akak tak ajar lagi masak..kecuali tolong basuh pinggan dan potong2 bawang aje..

mamawana said...

Bagus tu...anak2 yg rajin. Dah besar, senang skit kan... Selalu2 puji rajinler dema ke dapur... Jomtangkap hantu kat blog mwana.

Anonymous said...

Aslmkm.
Alhamdulillah. Sejuk & damai rasanya.

RAM said...

Salam Cikdah.
Tersentuh hati ibu kan?
Alhamdulillah.

CIKDAH said...

Aslmkm semua.
Terima kasih di atas kunjungan & komen.
Saya sudah membalas kunjungan.

Zizaq said...

Salam.
Syukur!