Sunday, January 9, 2011

KENANGAN SILAM

Tetiba saja teringat Abah yang telah lama meninggalkan kami adik-beradik dan sana-saudara sekelian.  Mungkinlah ini kerana kematian saudara yang seiras wajah Abah baru-baru ini.

Semasa menonton rancangan 'serasi bersama' di channel Astro tadi, semakin teringat lagi kepada Abah.  Saya melihat kemesraan dan watak penyayang yang ditunjukkan oleh pasangan yang mengambil bahagian itu iaitu Mustapha Kamal - Susan Menon, Azman Adnan - Az Feminine serta Bagio & isterinya.  Bagi saya pasangan-pasangan ini lebih terserlah kasih sayang di antara mereka.

Arwah Abah memang seorang suami dan bapa yang penyayang.  Kita memang terasa diri disayangi dan dihargai.  Apa-apa yang baik kita lakukan, Abah sentiasa memuji dan menyokong.  Sebaliknya jika tidak baik dan salah, Abah nasihat dengan baik.

Segalanya seperti mengiyakan kata-kata hikmat bahawa 'orang baik mati awal kerana lebih disayangi Tuhan.'

6 comments:

KERI said...

Salam Cik.
Doakan yang baik2.

ASAN said...

Salam Cikdah.
Kira nostalgia ni!
Al Fatihah untuk arwah.

Zizaq said...

Salam Cikdah.
Al Fatihah untuk yang sudah pergi.
Memang semuanya tidak akan dilupa!

SITIJA said...

Salam Cikdah.
Memang kenangan mengusik jiwa.
AlFatihah.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Al Fatihah kepada sekelian yang sudah kembali ke Rahmatullah.
Kak G juga selalu ingat arwah Ayah ... terbayang detik2 bersama. Tiada hari rasanya Kak G tidak mengingati Ayah.
Kita doakanlah yang terbaik untuk mereka yang kita amat sayang tetapi sudah tiada lagi ya!

Nori said...

Salam.
Kenangan begitu selalu mengusik jiwa.