Sunday, December 26, 2010

LOMPANG TAK CANTIK

Sudah lama saya tak buat lompang.  Tetiba saja hari ini teringat nak buat lompang pulak.  Nasib baik juga bahan-bahan semuanya ada.  Kelapa parut putih pun ada.

Jadi awal petang ni saya pun buat lompang.  Entah apa tak kenanya, tak hendak pula lompang ini berlubang di tengah-tengahnya.

Lompang Jadi Kasui

Lihatlah gambarnya, tak cantik macam lompang!  Kira-kira macam tak jadi.  Langsunglah buat macam kueh kasui.  :)

Mak selalu kata, kalau tak cukup ringan, lompang tak berlubang.  Saya sudah ikut sukatan.  Jadi tak tahulah di mana tak kenannya.  Walaubagaimanapun, rasanya OK saja.

Wednesday, December 22, 2010

TERINGIN DAPAT AWARD!

Orang yang dapat award di Maya tentulah yang ramai kawan blogger.  Walaupun tak mendapat tawaran award secara khusus, kira tawaran simbolik pun bolehlah.  Saya teringin nak jadikannya kenangan di blog ni.

Apabila kak G pelawa kepada semua pengikutnya, saya pun terimalah dengan senang hati.  Biarpun tak pandai masak seperti beliau, kira syok sendiri la sekali ni.  Tapi halal la!  Hehe.

Award yang saya maksudkan adalah award berikut ini.  Cantik juga la kiranya.


Terima kasih banyak kepada ddrfauziah aka kak G kerana memenuhi impian saya.

Saturday, December 11, 2010

HADIAH BERERTI DARI ANAK-ANAK

Malam tadi saya rasa sangat tersentuh dan dihargai anak-anak.  Selepas makan malam saja, anak-anak segera membantu untuk mengemas.  Biasanya amat liat mereka untuk melakukannya.  Rupanya mereka ada agenda.

Elok saja kami duduk diruang keluarga, anak-anak menghampiri saya.  Yang paling tua kemudian menghulurkan bungkusan hadiah.  Di dalamnya ada brooch yang comel ini.


Maaf la gambarnya tidak begitu cantik.  Maklum sajalah, tukang gambarnya terlalu amatur!  Hehe.

Kata anak-anak ini sebagai tanda rasa amat terima kasih mereka di atas segala pengorbanan saya selama ini.  Ia juga sebagai tanda mohon keampunan di atas segala kenakalan mereka.

Saya pun tak berapa mengerti sangat.  Tetapi yang penting ialah anak-anak menghargai saya.

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

SELAMAT
TAHUN BARU 1432H

Sempena Maal Hijrah, marilah kita sama-sama berazam untuk mempertingkatkan amal ibadah dan mencari keredhaan Allah SWT.  Semoga tahun ini memberi rahmat yang jauh lebih baik kepada kita. Amin.