Monday, November 29, 2010

ANAK MASAALAH MENTAL

Hari-hari kita asyik dengar cerita anak-anak yang mempunyai masaalah mental.  Semakin banyak cerita semakin takut pula rasanya.

Masaalah ini bukan saja di bandar.  Di kampung pun kita tahu banyak anak-anak menjadi masaalah kepada ibu bapa dan masyarakat.

Banyak yang tidak kena dengan sistem kita.  Kalau tidak perkara ini tak akan terjadi.  Bagaimana nak salahkan anak-anak, jika ibu bapa dan pemerintah pun tidak betul!

Tuesday, November 23, 2010

TOLONG BAWA PADAH

Apabila ada kemalangan, biasanya naluri orang memang mahu membantu mangsa.  Biasanya mereka mahu menolong apa yang patut terutama sekali apabila ada kecederaan.  Tetapi, dari dulu hingga sekarang di Malaysia ni, kita tak boleh bersikap baik.  Salah haribulan, diri kita sendiri pula menjadi sasaran akibat sifat marah dan panas baran pihak tertentu.

Hari ini ada berita yang skripnya hampir sama seperti ini.  Gara-gara mahu menolong orang yang dilanggarnya, seorang eksekutif pentadbiran menjadi mangsa buli jalan raya.  Diberitakan doktor mengesyaki buah pinggang wanita berusia ini mungkin rosak akibat tendangan lelaki yang mahu ditolongnya itu.

Semasa sekolah dulu saya selalu tengok.orang kampung menyerang pemandu kereta yang melanggar penunggang basikal atau pejalan kaki.  Ada satu kes, sampai pemandu pengsan dan diberitakan koma beberapa lama akibat dari serangan orang kampung yang kononnya mahu membela mangsa kemalangan.

Inilah yang orang selalu kata, 'tolong membawa padah!'   Lebih baik terus pergi ke balai polis dan minta pertolongan dari situ.

Thursday, November 18, 2010

RAYA KORBAN

Sepatutnya buat N3 semalam, tapi dah seronok beraya terlupa pulak.  Selamat Hari Raya Haji atau Raya Korban.  Suasana raya memang berbeza kerana banyak orang membuat kenduri setelah melakukan ibadah koraban.


Dalam pergi makan kenduri, anak-anak tak pula selesa.  Mereka yang melakukan korban masak secara ringkas saja.  Cuma masak nasi, rebus daging dan cicah dengan air asam atau pun buat kari kawah.  Bagi mereka yang banyak kakitangan sedikit turut mengadakan lauk sampingan lain.

Jadi terpaksa juga masak di rumah.  Teringat pula resipi rendang perantau Kak G.  Jadi semalam, saya buat rendang itu.  Masakan ini memang dipuji anak-anak, memang sedap.  Saya cuma tambah dengan membuat telur dadar dan sayur kailan.  Anak-anak jelas gembira.

Saturday, November 13, 2010

BANYAK CERITA TAK TERCERITA

Hari itu alasannya tak ada laptop selepas kecurian.  Susah nak pinjam-pinjam yang cik Abang dan anak punya.  Sekarang dah ada la tak tercerita pula cerita yang ada.

Itulah manusia kan?  Ada je alasan.  Sebenarnya memang ada macam-macam cerita.  Tapi bila dengar syarahan agama mengenai pelbagai topik dan isu, dah jadi takut pula nak bercerita.

Ya la, walaubagaimana pun bila bercerita kita mesti menyentuh tentang orang lain selain dari diri kita.  Kekadang bersangkut suami dan anak sendiri, kekadang pula mengenai saudara dan kawan rakan dan ada masanya cerita menyentuh orang luar.

Mungkin kita rasa kita tidak mengaibkan sesiapa, tapi kita melakukannya secara tidak sengaja.  Susah juga kan?

Nampaknya jalan terbaik, kena tengok dan lihat saja.  Macam mana ya?