Wednesday, October 27, 2010

HILANG BARANG HILANG ORANG

Adalah diberitakan bahawa ramai jemaah haji kita kehilangan beg sandang mereka semasa mengerjakan ibadah di tanah suci Mekah mahupun semasa berada di Madinah.  Begitu juga ramai yang kehilangan lencana dan gelang tangan yang mempunyai pengenalan diri jemaah.

Dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya juga perkara seperti akan terus berlaku.  Antara sebab utama ialah kelalaian para jemaah sendiri.  Saya lihat sendiri terlalu ramai yang begitu alpa dengan barang mereka.

Malah ramai juga hilang diri mereka sendiri.  Ada jemaah yang benar-benar sesat dan tidak tahu jalan pulang ke tempat penginapan mereka.

Semasa saya dirahmati untuk mengerjakan ibadah haji dulu, saya pernah berjumpa dengan jemaah kita yang sesat di dalam Masjidil Haram sendiri.  Mereka tidak berjumpa jalan keluar.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

7 comments:

RAM said...

Salam Cikdah.
Memang cerita macam tu la .. saya tak pernah jumpa sendiri orang yg hilang tu.

SITIJA said...

Salam Cikdah.
Saya sendiri memang tahu orang dari pekej kita orang yg hilang pergi entah ke mana .. jumpa dah keletihan & kekurangan air sampai terpaksa masuk hospital.
Sebabnya dia nak pergi sendiri ikut orang lain, katanya dia tahu sebab sudah pernah pergi .. suami pun dia tak tunggu .. so pengajaran & sempadan la!

Anonymous said...

Aslmkm.
Ya, macam2 peristiwa! ... dari sekecil2 ke sebesar2nya.
Memang di sana, bermacam2 keajaiban berlaku.
Kak G tengok bermacam-macam peristiwa ... ada perbuatan & ucapan angkuh yang dibayar tunai.
Kita jadi amat insaf & amat merasa Kebesaran Kuasa Allah SWT.

Sanna said...

Salam ziarah.
Selalunya yang hilang2 tu yang selalu ada perasaan riak & takbur.
Di sana bayarannya selalu tunai!
Jika tidak mengalami apa2 dugaan, belum pasti diterima segala amalannya.

Zizaq said...

Salam ziarah.
Di sana ada dugaan & ada rahmatnya.

CIKDAH said...

Aslmkm semua.
Terima kasih di atas sokongan.

ckLah @xiiinam said...

Salam...
Singah kerana tertarik dengan avatar tuan rumah....


Kisah hilang di Makah...
Hanya Allah tahu di sebaliknya. Semoga menjadi pengajaran kepada kita.