Saturday, July 30, 2011

HARI MASIH SURAM

Doktor tidak dapat mengesan apa penyakit setakad ini.  Tapi saya masih juga rasa kurang sihat.  Badan sentiasa rasa panas.  Kekadang tu rasa meremang pula.  Tenaga pun menurun.

Minggu ini kita berusaha secara pengubatan tradisional pula.  Katanya ada terkena lintasan.  Maksudnya buatan dituju kepada orang lain, tetapi tertempias kepada diri saya.

Nasib baik juga katanya orang yang mengupah perbuatan ini sekadar ingin memberi pengajaran kepada sasarannya tu kerana keangkuhan pihak berkenaan.  Kesannya akan semakin menurun dan pupus di dalam satu jangka waktu saja.

Walaupun begitu, had waktu tu tidak dapat disahkan.  Dugaan yang tak pernah terfikir pun.  Tapi inilah kenyataannya.

2 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Dugaan datang dalam pelbagai rupa & bentuk.
Sentiasalah berusaha mengatasinya & juga berdoa bersungguh-sungguh minta rahmat Allah SWT.
Insya Allah, semuanya akan menjadi lebih mudah.

miloaiskurangmanis said...

salam ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa buat uols... :D

semoga sihat sokmo ye...