Seminggu lebih riuh rendah dengan suara anak-anak dan suami serta saudara yang datang ke rumah sempena cuti panjang. Bila Cina raya, Melayu pun turut beraya juga! Hehe.
Semalam tak rasa lagi sunyi sebab si Abah dan anak sulung dua-dua ambil cuti tambahan sendiri gara-gara nak tengok NFL Super Bowl ke 45 tu. Riuh dua beranak tu.
Hari ini baru sunyi. Semacam pula rasanya. Untuk menghilangkan rasa sunyi ni, radio dan TV di kuatkan suara dua kali ganda.
Tiba-tiba jiran sebelah telefon bertanya samaada berlaku apa-apa. Segan nak beri tahu sebab sebenarnya. Jadi mohon maaf sajalah.
8 comments:
Salam Cikdah.
Nasib kita jadi orang rumah la ya! :(
Salam Cikdah.
Biasa juga tu.
Tak mengapa, kuatkan sikit dari biasa supaya jiran tak terperanjat.
Aslmkm.
Hmmm, hubby & anak minat NFL ya? Kak G pun tengok juga. Sepagi! :)
Jiran tu terperanjat kerana bukan kebiasaan tu. Cuba perlahankan sedikit.
Salam Cikdah.
Jangan ikut sangat perasaan, nanti jadi tak keruan!
Salam Cik.
Kalau sunyi sangat pi rumah kak la. Bukan jauh sangat pun!
Aslmkm.
Bid pun selalu sunyi. Hu huhu.
Salam Cikdah.
Hakikat tu!
Salam ziarah.
Carilah hobi .. atau masuk kumpulan sukarela.
Post a Comment