Sunday, October 10, 2010

'HADIAH 101010'

Hari ini anak saya menghadiahkan notebooknya kepada saya.  Bukan yang baru tapi notebook yang selama ini dipakainya.

Katanya, "buat teman Mama sebelum dapat beli laptop baru."

Mula tu sedih juga.  Anak mendapat laptop baru.  Tetapi itu adalah milik syarikat tempat dia bekerja.  Selagi kerja di situ, dapatlah kemudahan itu.

Si adik pula kata jika saya tidak mahu, dia mahu.  Abahnya pula menyampuk, "Hadiah 101010."  Semua anak beranak ketawa.  Saya saja terpinga-pinga.

Rupanya maksudnya tu, memadai la sekadar nak 'on off, on off, on off' seperti maksud bahasa binary komputer.  Saya pun ikut sama ketawa.

3 comments:

KERI said...

Salam Cik.
Tak apa la.
Buat sementara, OK jugak tu! :)

Sanna said...

Salam Cikdah.
OK la asal ada! Hehe.

Anonymous said...

Aslmkm.
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya memadai untuk memenuhi keperluan.