Saturday, September 25, 2010

TENGOK LAMAN

Lamanya tak dapat ke laman.  Bukan pasal sibuk dengan agenda Raya, atau pun letin kerana Raya.  Tapi seperti saya beritahu dulu, laptop kan dah tak ada kerana dicuri orang tempuhari tu.

Ikutkan hati mahu juga kerap jengah ke sini.  Tapi maklum sajalah; bila kenderaan sendiri tak ada dan harap nak menumpang orang punya tu tentulah susah sikit.  Malas nak dengar rungutan bila pinjam-pakai laptop anak atau suami tu.  Tapi malam ni, pinjam-pakai jugalah.  :)

Rasa lambat pula masa berjalan.  Nak tunggu cukup budget untuk membeli laptop baru sendiri ni lama rasanya.  Tapi nak buat macam mana.  Mahu tak mahu kena bersabar jugalah.

Petang tadi dah pergi tengok dan survey kat kedai lagi.  Yalah kot-kot ada yang turun harga, ataupun kot ada model baru atau model lain yang lebih murah dan rasa berkenan pula di hati.  Pusing habis pun masih tetap berkenan yang sama juga.  Jadi kena tunggu bulan depan jugalah.

6 comments:

ROHAM said...

Salam.
SHR. MZB.
Takpe .. jangan lari budget, nanti lagi susah! :0

SITIJA said...

Salam ziarah Cikdah.
Sabar2 la.
Hehe .. memang la kalau pinjam barang kepunyaan orang kena tahan telinga sikit!

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Walaupun bukan satu kemestian, jika tak ada, rasa macam makanan yang kurang ummphhhnya.
Ada kawan kata macam ketagehan kopi! Tak tahu ler sbb Kak G tak minum kopi. :)

ROHA said...

Salam ziarah.
Sabar jer ler. Ketagihan pun masih ada pertimbangan!

KERI said...

Salam Cik.
Sabar saja ya. :)

RAM said...

Salam Cikdah.
Masih menyepi?