Nampaknya bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini adalah bulan cubaan yang lebih besar bagi saya. Ia bulan menguji kesabaran saya.
Bulan puasa yang mulia ini memanglah bulan pahala dan balasan baik berganda untuk ummah. Apa saja amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran berganda.
Tetapi ternyata bukan setakad itu saja. Nafsu kita juga turut berganda juga. Walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah, nafsu tetap membara. Begitulah lemahnya manusia.
Bagi saya nampaknya meluap-luap keinginan untuk membeli laptop baru. Lepas tu, hendaknya pula yang agak baik dan canggih sedikit. Pergi survey sana sani jugalah dan yang paling murah pun RM 3,000 lebih dengan aksessori yang saya ingini.
Aduhhh ... pedih pulak rasanya menahan keinginan. Suami kata beliau akan hanya beri RM 2,000 dan jika saya mahu seperti yang diingini, saya mesti belanja lebihannya dari tabungan sendiri. Nampaknya kena tunggu sebulan lagi la. :((