Sunday, June 27, 2010

MEMANG TREND KE?

Saya perhatikan ramai rakan bloggers menjadi pengikut tetapi tak pula saling berkunjungan.  Ada yang sudah tidak aktif dan ada pulak yang terlalu taksub mencari pengikut yang ramai.

Tak tahulah samaada trend yang tertentu.  Kepada rakan yang tahu, saya ingin bertanya perkara ini: memang trend ke tu?

Thursday, June 24, 2010

TERJADI SIBUK

Dengan tak semena bilik belakang bocor.  Kebetulan saja saya ke bilik belakang semasa hujan lebat dua hari lepas.  Kedengaran bunyi macam air jatuh dari siling.  Saya mendongak ke atas tak pula nampak apa-apa.

Puas juga di cari tempat yang kedengaran air jatuh itu.  Rupanya di atas rak buku.  Barulah nampak seperti lorongan air di siling.  Bila diperhatikan betul-betul nampak siling kayu sudah mengelembung ke bawah.  Mungkin sudah lama juga air hujan bocor dari tempat itu.

Saya manalah tahu buat apa-apa.  Sekadar ambil satu baldi dan letakkan di kawasan yang turun air hujan itu.  Kemudian saya beritahu suami.  Di panggil plumber, katanya itu kena panggil tukang buat bumbung kerana dia syak bumbung yang bocor.

Sudah dua hari saya sibuk mengalehkan barang di sekitar kawasan yang bocor itu.  Letih juga dibuatnya.  Hari inilah baru tukang bumbung datang dan selesai membaiki bumbung.  Katanya ada jubin bumbung yang pecah.  Katanya ada batu sebesar bola tenis di situ.

Agaknya ada budak-budak nakal membaling batu ke atas bumbung sambil-sambil mereka berjalan di lorong belakang rumah tu.  Tak pasal-pasal lebur RM650 begitu saja.  Rasa macam mahal, tapi terpaksalah dibayar juga.  Nasib!

Sunday, June 20, 2010

HARI BAPA

Kepada semua para bapa-bapa, semoga hari ini akan memberi erti tersendiri kepada anda sekelian.
SELAMAT
 HARBAPA 

Raikanlah bersama keluarga masing-masing mengikut atur-cara sendiri.  Yang penting semuanya rasa ceria bahagia.

Thursday, June 17, 2010

SAIFUL APEK BEBAS

Ternyata pihak berkuasa tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa pelakon dan pelawak popular Saiful Apek dan lima rakannya yang ditahan reman sejak 13 Jun lalu itu.  Mereka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Besar maknanya tu kan?  Walaupun polis berkata bahawa, 'mereka masih lagi menjalankan siasatan lanjut... kesemua suspek berada dalam pemerhatian kita lagi,' tetapi pelepasan ini memberi harapan kepada beliau dan peminat-peminat setia.  Sekurang-kurangnya pelakon komedi kesayangan ini tidaklah seburuk seperti gambaran negatif yang dipaparkan setelah dia ditahan reman itu.

Semoga semuanya memberi ikhtibar kepada mereka yang berkenaan serta juga masyarakat keseluruhannya.  Kita sama-samalah turut doakan juga supaya siasatan lanjutan akan hanya mengesahkan bahawa mereka harus dibebaskan.

Sunday, June 13, 2010

CERITA ARTIS DENGAN DADAH LAGI!

Saiful Apek Dulu
Saiful Apek Kini

Berita terkini adalah agak mengejutkan.  Diberitakan bahawa pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek telah ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam.  Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengikut kenyataan polis juga kesemua suspek berkenaan akan ditahan reman selama empat hari.  Sedihnya mendengar cerita tentang artis dan dadah lagi ini.

Tuesday, June 8, 2010

BAHANG GELOMBANG ANTI-JUDI

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan sepertimana yang diperkatakan.  Menurutnya kerajaanbelum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat berkenaan.  Sebaliknya katanya kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan dari pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia.

Baru sehari sebelumnya Tan Sri Vincent Tan, pemilik syarikat berkenaan diberitakan lantang bersuara untuk mendermakna seluruh unjuran pendapatan sebanyak RM 525 juta untuk tujuan amal.  Tujuannya supaya itu akan melenyapkan rasa tidak senang dan tuduhan yang pegawai kerajaan dan parti tertentu akan mendapat manafaat dari lesen judi berkenaan.

Sekarang siapa yang bercakap benar?   Jelas kedua-dua insan ini terkesan dengan bahang gelombang anti-judi yang semakin meluas di kalangan rakyat..

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL TERKUTUK

Apa dilakukan oleh Israel ialah satu perbuatan jenayah perang.  Ternyata mereka amat kejam dan terkutuk.

Kita memang mengutuk tindakan ganas komando Israel yang menyerang kapal misi damai menghantar bantuan ke Gaza.  Serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah menyebabkan kematian dan kecederaan.  Perbuatan mereka adalah perbuatan laknat.

Dalam kemarahan itu, kita amat bersyukur dengan berita bahawa semua rakyat kita yang berada di atas kapal berkenaan telah pun dibebaskan dan kini berada di Jordan.  Wartawan Astro Awani iaitu Ashwad Ismail yang merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa diserang telah menghubungi majikan dan ibu bapanya.  Beliau telah berjaya membuat lapuran secara lintas langsung sebaik beliau berada di bumi Jordan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi sekelian kekejaman dan dugaan ke atas saudara sesama agama kita.